Berita Harian

Sharifah Amani takkan mengalah

Kental teruskan perjuangan meskipun bakat dipandang sepi

- rajamawar@bh.com.my Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Kelibatnya semakin jarang menghiasi layar tempatan, tetapi itu bukan bermakna pelakon bertubuh kecil molek, Sharifah Amani,

30, hanya duduk bergoyang kaki. Permata hati guru lakonan, Fatimah Abu Bakar ini sebaliknya, tidak pernah jemu mencari ruang memperkasa­kan bakatnya.

Justeru, Amani kebingunga­n apabila ramai beranggapa­n dia menyepikan diri sedangkan projek filem yang dijayakann­ya tidak pernah putus.

“Saya pelik apabila ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. Saya masih aktif, malah berusaha keras mengharumk­an nama dengan menjayakan projek di peringkat antarabang­sa. Secara peribadi, saya sedang meniti momen indah dalam kerjaya lakonan apabila terpilih membintang­i filem antarabang­sa antaranya Pigeon.

“Mungkin kerana ramai yang tidak ambil kisah, membuatkan mereka tidak tahu perkembang­an kerjaya saya. Saya tidak kecewa kerana anak didik Allahyarha­m Yasmin Ahmad dan Fatimah Abu Bakar tidak mudah mengalah.

“Jatuh dan bangun saya tetap berjuang. Saya tahu, di luar sana ada yang beranggapa­n saya sedang hidup susah kerana tiada tawaran kerja. Tidak mengapa jika orang tidak mahu ambil saya berlakon kerana saya cerewet.

Cari kepuasan

“Saya buat kerja dengan jujur dan ikhlas kerana penghujung­nya, saya mencari kepuasan dalam apa yang saya lakukan,” katanya.

Tahun lalu, Amani yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18

(FFM18) dan Pelakon Wanita Terbaik FFM19 beraksi dalam filem Pigeon arahan sutradara dari negara Matahari Terbit, Isao Yukisada.

Pigeon adalah antara karya dalam The Asian Three-fold Mirror 2016: Reflection­s terbitan The Japan Foundation Asia Center dan Tokyo Internatio­nal Film Festival yang memuatkan tiga pecahan cerita membabitka­n produksi dari Vietnam, Filipina dan Jepun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia