Berita Harian

Elak kerja sambil lewa

Sokongan padu suami beri Stacy semangat kembali kukuhkan nama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mula mencipta nama hampir sedekad lalu, banyak pencapaian yang dilakar penyanyi yang membina platform tersendiri selepas muncul juara program realiti, musim keenam, Stacy atau nama lengkapnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam.

Deretan kejayaan diciptanya, malah anak kelahiran Penampang, Sabah ini antara nama yang begitu sinonim di pentas Anugerah Juara Lagu selain cuba menembusi pasaran muzik Indonesia apabila bekerjasam­a dengan kumpulan Ungu menerusi dan Gila Lah! bersama Smash.

Lantas, ketika terpaksa memperlaha­nkan kerjaya nyanyian apabila hamil dan melahirkan anak sulung hasil perkahwina­n dengan Akim Ahmad, Stacy, 27, berkata, kerinduann­ya terhadap dunia seni suara tidak pernah bernoktah.

Mengakui kehidupann­ya kini lengkap dengan kehadiran Eshaal, Stacy yang turut memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Bella berkata, menjadi ibu membentukn­ya lebih matang dalam merencana perjalanan masa depan.

“Saya bersyukur di samping menguruska­n anak, masih berkesempa­tan meneruskan minat dalam bidang nyanyian. Alhamdulil­lah, pengalaman menguruska­n Bella dulu banyak membantu saya ketika membesarka­n Eshaal.

“Tidak dinafikan, kehidupan saya tidak lagi sama seperti dulu tetapi semua itu dipermudah­kan dengan bantuan suami yang sentiasa menyokong. Ia membuatkan saya semakin bersemanga­t untuk menge jar semula citacita,” katanya.

Mahu terus menyanyi

Stacy berkata, nyanyian adalah jiwanya membuatkan dia tidak pernah terfikir untuk meletakkan noktah selepas menjadi ibu. Memikirkan usianya yang masih muda, apatah lagi banyak keinginan yang belum dicapai membuatkan Stacy enggan melepaskan minatnya begitu saja.

Hampir setahun berehat untuk memberi fokus kepada keluarga dan cahaya mata yang dilahirkan pada 17 Februari lalu, Stacy kini kembali dengan terbaru ciptaan suaminya,

“Selagi masih ada jalan dan tiada halangan, saya akan terus menyanyi. Biarpun hampir setahun berehat, saya bersyukur kerana tidak pernah dilupakan. Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada Akim yang memahami minat saya.

“Begitu juga dengan pengurusan yang sentiasa bertolak ansur dan memahami tanggungja­wab baharu saya. Mereka bersedia mengikut kesesuaian jadual saya sebelum melancarka­n single baharu.

‘Sebagai isteri dan ibu bekerjaya, saya tidak gemar mencampura­dukkan antara urusan peribadi dan komitmen seni. Semua itu memerlukan masa dan perancanga­n rapi. Alhamdulil­lah, sekarang adalah masa terbaik untuk saya kembali aktif,” katanya.

 ??  ?? Akademi Fantasia Berteman Sepi single Cakap Ke Tangan.
Akademi Fantasia Berteman Sepi single Cakap Ke Tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia