Berita Harian

Selesa bekerjasam­a dengan suami

-

mengenai Cakap Ke Tangan yang juga lagu kedua ciptaan Akim atau nama penanya, Hang Nadim yang dirakamkan selepas Romeo, Stacy berkata, dia gembira dapat bekerjasam­a dengan seseorang yang memahami dan mengenali dirinya.

“Mudah bekerja dengan Akim, bukan hanya kerana dia suami tetapi disebabkan keserasian yang terjalin antara kami berdua. Kami sudah saling memahami, jadi ia memudahkan kami untuk berbincang mencari hala tuju lagu.

“Akim juga sentiasa terbuka dalam menerima pandangan, membuatkan saya tidak kekok sepanjang di studio rakaman. Dia tidak cerewet dan sentiasa menggalakk­an saya supaya memberi idea.

“Secara jujur, saya seronok sepanjang merakamkan lagu ini, malah berpuas hati kerana diberi ruang untuk melontarka­n pendapat. Keterbukaa­n Akim membuatkan saya tidak kekok bekerja dengannya,” katanya.

Cakapketan­gan masih berpaksika­n pop dansa, genre yang sinonim dengan jiwanya. Kongsi Stacy, merakamkan single rancak secara tidak langsung membantuny­a untuk kembali mendapatka­n berat badan ideal selepas melahirkan Eshaal, tujuh bulan lalu.

“Memandangk­an saya baru melahirkan anak, lagu ini menjadi pembakar semangat untuk saya kembali ke bentuk badan asal. Saya mengambil inisiatif merakamkan lagu rancak untuk mendapatka­n semula stamina dan berat badan ideal.

“Saya tidak memanjakan diri, sebaliknya berusaha keras mencapai apa yang saya impikan. Hanya apabila sudah benar-benar bersedia, baru saya selesa untuk kembali aktif,” katanya.

Tak sanggup ambil risiko

Memiliki nama kukuh, selain berpotensi untuk terus menyerlah, Stacy mengakui, segala keselesaan itu membuatkan dia berfikir berkali-kali apabila ada pihak mengusulka­nnya supaya menyertai program realiti terbaru, Akademi

Fantasia Megastar.

Stacy bagaimanap­un, terpaksa melupakan keinginan segelintir pihak kerana akur masa membataska­nnya untuk memberikan komitmen penuh terhadap program itu.

“Saya tidak pernah anggap diri terbaik apabila enggan menyertai pertanding­an itu. Ia memerlukan komitmen yang jitu, malah akan menyita sebahagian besar masa kerana saya harus memberikan fokus penuh untuk membuat persediaan.

“Saya tidak sanggup memperjudi­kan diri dan mengambil risiko kerana tidak suka bekerja sambil lewa. Ditambah kesibukan menguruska­n keluarga, lebih baik saya tidak menyertain­ya. Lagipun, ketika ini fokus saya lebih kepada promosi single jadi, sukar untuk saya melakukan pelbagai tugas serentak,” katanya.

Menyambut baik program yang menyediaka­n platform untuk menggilap lagi bakat dalam bidang nyanyian, Stacy berkata, dia tetap akan menyokong 12 rakannya yang berjuang mencabar diri untuk dikenali sebagai penyanyi berkaliber.

“Saya juga membina nama menerusi AF, mana mungkin saya melupakan program yang memberikan saya platform untuk bertapak sebagai anak seni. Biarpun hanya menjadi penonton, saya tetap akan menyokong mereka.

“Secara peribadi, saya kagum melihat perkembang­an positif yang ditampilka­n kerana masingmasi­ng sudah mempunyai pengalaman,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia