Berita Harian

Ezzaty jaga batas

Teliti terima tawaran elak singgung perasaan suami

- fatin.farhana@bh.com.my Oleh Fatin Farhana Ariffin

Kemunculan pertama Ezzaty Abdullah di layar perak menerusi filem arahan Jason Chong, Kau Takdirku mencetuska­n perdebatan ramai gara-gara babak intim yang dilakonkan bersama gandingann­ya, Remy Ishak.

Isu itu terlebih dulu diperkatak­an sebelum Kau

Takdirku menemui penonton bermula 7 September lalu, membuatkan Ezzaty menjadi mangsa kecaman mereka yang membuta-tuli melontarka­n komen tanpa mengetahui cerita sebenar.

Ezzaty, 27, bagaimanap­un cuba untuk tidak mengambil hati, terutama jika komen itu datang daripada mereka yang tidak menyokong filem tempatan. Baginya, sudah menjadi lumrah bagi segelintir pihak yang gemar menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar. “Bayangkan sebelum

Kau Takdirku ditayangka­n, sudah ada yang membuat pelbagai ulasan berdasarka­n rakaman babak yang tersebar. Saya terima jika kecaman itu datang daripada mereka yang sudah menonton filem itu.

“Tetapi, jika sebaliknya, saya enggan ambil tahu kerana mereka tidak menyokong filem itu. Sebagai pelakon, saya hanya menjalanka­n tanggung jawab berdasarka­n tuntutan babak dan watak. Lagipun, babak yang dilakonkan itu tidak keterlalua­n.

“Mungkin apa yang berlaku ini memberi pengajaran supaya saya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.

Suami cemburu

Ezzaty bagaimanap­un, bersyukur kerana suaminya, Azwan Kombos sejak awal lagi sudah bersedia menerima apa saja maklum balas penonton. Sebagai isteri, Ezzaty cuba bersikap jujur dengan menjelaska­n kepada suaminya mengenai babak yang dilakonkan­nya itu.

“Tipu jika suami tidak cemburu, tetapi semua itu berlaku sebelum saya menjadi isterinya. Penggambar­an filem ini dilakukan tiga tahun lalu ketika saya masih solo. Ketika itu, saya juga baru memulakan langkah dalam dunia lakonan.

“Apabila mendapat tahu filem itu akan ditayangka­n, saya suarakan mengenai babak intim yang saya lakonkan. Syukur kerana Azwan memahami. Cuma, selepas berkahwin, sudah pasti saya lebih berhati-hati dan teliti sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Azwan tidak pernah meletakkan syarat, tetapi sebagai isteri, saya perlu meletakkan batas untuk menjaga maruah dan nama baik suami. Dalam hal ini, suami begitu memahami, malah menyerahka­n kepercayaa­n kepada saya untuk mencorakka­n perjalanan kerjaya lakonan,” katanya.

 ?? PENGHARGAA­N ?? PAKAIAN: FARAH SALLEH (INSTAGRAM: FARAHSALLE­HKL) SOLEKAN: YANN RIFFT (INSTAGRAM: YANN_RIFFT)
PENGHARGAA­N PAKAIAN: FARAH SALLEH (INSTAGRAM: FARAHSALLE­HKL) SOLEKAN: YANN RIFFT (INSTAGRAM: YANN_RIFFT)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia