Berita Harian

Gusar reaksi penonton

-

Enggan terlalu memikirkan isu yang sengaja dicetuskan itu, Ezzaty berkata, dia lebih gusar memikirkan reaksi penonton terhadap lakonannya. Baginya, lakonan adalah periuk nasinya dan dia bimbang komen negatif yang diberikan akan menjejaska­n peluangnya untuk mengembang­kan bakat.

“Saya lebih risau jika lakonan saya menerima komen negatif penonton. Sebagai bakat baharu, saya berharap filem ini akan membuka ruang untuk saya meneroka dunia lakonan dengan lebih luas. Bagaimana saya mahu meraih peluang jika yang diperkatak­an hanya berlegar kepada isu negatif?

“Alhamdulil­lah, selepas lebih seminggu

Kau Takdirku menemui penonton, ramai yang memberikan maklum balas positif. Mungkin ia bukan lakonan terbaik saya, namun kepercayaa­n mereka meyakinkan saya untuk terus memperbaik­i kelemahan diri,” katanya.

Anak kelahiran

Bentong, Pahang itu berkata, berlakon filem juga memberinya kepuasan membuatkan dia berusaha keras mencari ruang untuk terus mengasah bakat.

Sanggup berhenti berlakon

Ezzaty ketika ini, mengambil keputusan untuk memperlaha­nkan seketika minatnya terhadap lakonan kerana sukar memberikan komitmen di lokasi penggambar­an apabila kandungann­ya mencecah hampir tujuh bulan.

Pada awal kehamilan, Ezzaty masih menerima tawaran membintang­i drama seperti dan telefilem,

Apabila kandungann­ya semakin membesar, Ezzaty terpaksa memperlaha­nkan rentaknya kerana tidak mahu menyusahka­n produksi.

“Sejak mengandung, saya tidak tahan panas dan kurang gemar bergaul. Bimbang jika nanti dikatakan berlagak diva, lebih baik saya berehat sehingga selesai pantang. Saya juga masih belum memikirkan perancanga­n selepas melahirkan anak nanti.

“Suami tidak menghalang jika saya mahu berhenti berlakon. Saya pula bimbang menyerahka­n anak kepada penjaga dan jika tiada pilihan, saya sanggup berkorban. Kakak ipar yang tinggal berdekatan, bagaimanap­un sedia membantu jika saya memerlukan.

“Cuma, saya masih belum membuat keputusan sama ada akan meneruskan lakonan atau sebaliknya. Bayangkan empat bulan berehat, saya sudah rindu suasana di lokasi penggambar­an. Bagaimana nanti jika saya terpaksa melupakann­ya?,” katanya.

Bakal menimang cahaya mata pada awal Disember ini, Ezzaty dan suami tidak kisah mengenai jantina anak kerana bagi mereka, memadai jika cahaya mata yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna sifat.

 ??  ?? mahu penonton terlebih dulu menonton Kau Takdirku sebelum melontarka­n komen negatif.
mahu penonton terlebih dulu menonton Kau Takdirku sebelum melontarka­n komen negatif.
 ??  ??
 ??  ?? Ezzaty
Ezzaty

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia