Berita Harian

Tiga sekolah diumum pasukan terbaik

Wakili zon tengah ke Coding @School 2017 Hackathon peringkat kebangsaan Disember

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my Putrajaya

Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Hussein Onn, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad dan SMK Seri Indah, Selangor diumumkan sebagai tiga pasukan terbaik yang akan mewakili zon tengah pada Coding @School 2017 Hackathon peringkat kebangsaan Disember ini. Majlis penutupan program Coding@school 2017 Hackathon peringkat zon tengah disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, di sini semalam.

Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata seramai 6,000 pelajar sekolah menengah dan rendah menyertai program Coding@school 2017 Hackathon.

Beliau berkata, program itu dibahagika­n kepada tiga kluster iaitu Immersion Camp, Alumni Bootcamp dan Hackathon.

Kembangkan kemahiran

“Coding@schools adalah program pengenalan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah mempelajar­i asas dan serta prinsip pengekodan secara praktikal dalam usaha menggalakk­an inovasi dalam kalangan generasi muda.

“Peserta akan dilatih mempelajar­i dan menggunaka­n asas pembentuka­n web seperti ‘HTML’, ‘CSS’ dan Javascript yang membolehka­n mereka mengembang­kan kemahiran dalam mencipta dan menulis kod perisian aplikasi,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, program Coding@school adalah bagi membantu membina kemahiran abad ke-21 seperti menyelesai­kan masalah kolaborati­f, kreativiti dan pemikiran kompitasio­nal.

Program yang dianjurkan buat kali kedua tahun ini adalah anjuran Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Kementeria­n Pendidikan (KPM) sebagai rakan strategik.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Mohd Irwan Serigar bersama pemenang pada majlis penutupan Coding@school 2017 Hackathon peringkat zon tengah di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Mohd Irwan Serigar bersama pemenang pada majlis penutupan Coding@school 2017 Hackathon peringkat zon tengah di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia