Berita Harian

Hujan lebat sejak kelmarin punca bah

Georgetown, Kuala Muda, Langkawi terjejas akibat air naik sehingga 0.3m

- Oleh Fatin Fazlina Yaakob, Hamzah Osman dan Nor Farhani Che Ad

Hujan lebat sejak malam kelmarin menyebabka­n beberapa kawasan sekitar bandar raya ini dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.

Antara kawasan terjejas adalah Jalan Masjid Negeri, Jalan P Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Perak, Jalan Batu Ferringhi dan sekitar Bayan Lepas.

Angin kencang turut mengakibat­kan kejadian pokok tumbang di kawasan Paya Terubong awal pagi semalam, menyebabka­n kawasan terbabit mengalami kesesakan trafik ketika ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir.

“Setakat ini kawasan paling terjejas adalah di Jalan P Ramlee dengan air dilaporkan naik sehingga 0.3 meter, namun keadaan masih terkawal.

“Kami sudah menempatka­n bot penyelamat di kawasan berkenaan dan membantu mengangkut pelajar ke sekolah,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, di Kuala Muda,

Kedah, kira-kira 145 keluarga membabitka­n 569 mangsa terjejas akibat banjir setakat jam 4 petang semalam akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Pegawai Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad, berkata kawasan terjejas adalah Kampung Sungai Bongkok, Kampung Kepala Bukit, Kampung Padang Regent, Kampung Sungai Badak dan Kampung Dakwah.

Pusat pemindahan sementara

Yang turut terjejas, Kampung Batu Lima, Kampung Paya Suri, Kampung Kilang Makau, Kampung Haji Ngah dan Kampung Lombong.

Beliau berkata, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Surau Kampung Tengah, Kampung Dakwah di sini dengan menempatka­n 41 mangsa membabitka­n 10 keluarga.

“Setakat jam 4 petang sebuah pusat pemindahan dibuka untuk menempatka­n 41 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Dakwah.

Di Langkawi, sekurang-kurangnya 20 kediaman penduduk dari tujuh kampung dan enam jalan utama sekitar daerah ini terjejas apabila dinaiki air berikutan hujan lebat yang masih berterusan sejak malam kelmarin.

Antara kediaman penduduk yang terjejas membabitka­n Kampung Bayas, Sungai Menghulu, Syed Nahar, Kedawang, Belak, Tanjung apabila dinaiki air setinggi antara 0.3 meter hingga 0.5 meter.

Tinjauan mendapati, sekurangku­rangnya enam jalan utama termasuk Jalan Kuah-padang Matsirat (Kampung Bayas), Kampung Yoi, Chandek Kura, Kedawang, Mata Air dan Lebuh Raya Langkawi turut mengalami gangguan lalu lintas lebih empat jam ekoran dinaiki air.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang membantu penduduk memindahka­n barangan perabot yang rosak akibat banjir kilat di Kampung Masjid, Jalan Perak, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang membantu penduduk memindahka­n barangan perabot yang rosak akibat banjir kilat di Kampung Masjid, Jalan Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia