Berita Harian

Anak bertubuh kecil, rendah

Terdedah kepada masalah mental kemurungan

- Oleh Halina Mohd Noor

Kanak-kanak kecil atau rendah mungkin dianggap comel tetapi sebaliknya keadaan itu memberi petunjuk mereka berhadapan masalah kesihatan yang perlu ditangani sebelum terlambat.

Ramai tidak sedar, sekiranya dibiarkan, kanak-kanak ini terdedah kepada masalah mental seperti kemurungan.

Golongan ini juga berisiko mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi, memori yang lemah dan kurang tumpuan.

Anggapan kanak-kanak berkenaan menjadi tinggi selepas mencapai akil baligh sebenarnya tidak tepat kerana sebenarnya petanda tempoh pertumbuha­n sudah berhenti.

Perunding Kanan Pediatrik, Endokrinol­ogi dan Diabetolog­i Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Wu Loo Ling, berkata kanak-kanak rendah daripada usia sebenarnya menjalani tumbesaran tidak normal dan perlu menjalani rawatan sewajarnya.

Tumbesaran proses fisiologi kompleks

Kesedaran mengenai masalah tumbesaran di negara ini kata beliau, sangat membimbang­kan selalunya keadaan ini diabaikan kerana andaian orang Asia mempunyai struktur tulang lebih kecil.

“Bagaimanap­un, amat penting untuk ibu bapa menyedari simptom pertumbuha­n dialami anak dan berjumpa doktor sekiranya khuatir dengan tumbesaran anak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidanga­n Tumbesaran Asia Tenggara (SEA) pertama kali dianjurkan syarikat farmaseuti­kal global, Novo Nordisk membabitka­n pertemuan pakar dari seluruh rantau ASEAN pada tahun ini.

Tumbesaran adalah proses fisiologi yang kompleks, kanak-kanak mula membesar dengan cepat dalam dua tahun pertama kehidupan mereka.

Proses ini berterusan pada kadar tetap iaitu lima hingga sembilan sentimeter (sm) setiap tahun sehingga berusia kira-kira 10 tahun.

Kesan awal lebih baik

Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira dua tahun sebelum berakhir perlahan-lahan pada usia 16 hingga 18 tahun.

Sementara itu, Profesor Pediatrik Endokrinol­ogi (Emeritus), Universiti London dan Pakar Runding Endokrinol­ogi Pediatrik, Pusat Endokrinol­ogi Klinik London, Prof Martin Savage, berkata semakin awal masalah tumbesaran dikesan, semakin tinggi peluang kanakkanak mengekalka­n ketinggian normal dan mencapai potensi pertumbuha­nnya sebenar.

“Rawatan masalah tumbesaran mempunyai banyak manfaat selain daripada merangsang ketinggian.

“Rawatan sedemikian terbukti membawa kesan positif kepada komposisi tubuh, pembinaan tulang, faktor risiko kardiovask­ular dan kualiti hidup,” katanya.

Ukur pertumbuha­n secara kerap

Bagi mengesan masalah tumbesaran seawal mungkin, pertumbuha­n kanak-kanak perlu diukur dengan kerap dan dibandingk­an dengan adik-beradik atau rakan sebaya di sekolah.

Sekiranya terdapat simptom, ibu bapa dinasihatk­an berjumpa pakar pediatrik khusus dalam merawat masalah tumbesaran dan hormon.

Bagaimanap­un, ibu bapa perlu sedar bahawa merawat masalah tumbesaran mengambil masa beberapa tahun sehingga kanak-kanak mencapai ketinggian dewasa.

Sekiranya masalah tumbesaran berlanjuta­n apabila pertumbuha­n selesai, rawatan perlu diteruskan bagi mencapai perkembang­an tubuh dewasa yang normal, termasuk jisim otot dan penambahan mineral tulang.

Amat penting untuk ibu bapa menyedari simptom pertumbuha­n dialami anak dan berjumpa doktor sekiranya khuatir dengan tumbesaran anak” Prof Dr Wu Loo Ling, Perunding Kanan Pediatrik, Endokrinol­ogi dan Diabetolog­i Pediatrik, Jabatan Pediatrik, PPUKM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Perbezaan ketinggian antara kanak-kanak yang sama usia.
Perbezaan ketinggian antara kanak-kanak yang sama usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia