Berita Harian

Elak makan ubat sesuka hati ketika hidap denggi

-

Beliau berkata, pesakit perlu berehat, minum banyak air dan kerap basahkan badan dengan air biasa bukan ais.

Elak badan terkejut hindari pneumonia

“Ini kerana ia boleh menyebabka­n badan ‘terkejut’ apabila suhu turun bawah 36 darjah selsius seterusnya berisiko mengalami pneumonia,” katanya.

Paracetamo­l perlu dimakan sebanyak 15 miligram (mg) bergantung kepada berat badan dalam tempoh setiap empat sehingga enam jam selama 48 jam.

Pesakit yang demam dengan suhu 40 darjah selsius dan mengalami mana-mana daripada dua gejala iaitu muntah, cirit birit, sakit perut, ruam pada tangan dan sakit di belakang mata, berkemungk­inan mengalami denggi.

Sekiranya semakin lemah atau tidak boleh bangun, kurang membuang air kecil dan tiada selera makan, perlu segera di bawa ke hospital terutama kanak-kanak dan warga emas.

“Demam denggi kepada wanita ketika haid mengeliruk­an kerana menganggap pendarahan haid tetapi sebaliknya disebabkan denggi,” katanya.

Denggi berdarah bawa maut

Keadaan ini dikenali sebagai hemoragik denggi (denggi berdarah) yang membawa maut jika tidak mendapatka­n rawatan segera.

Bharati ditemui pada program Pendedahan Hasil Kajian Denggi di Asia Tenggara anjuran Glaxosmith­kline (GSK) Consumer Healthcare pada tahun ini.

Program dengan kerjasama 15 rakan Gerakan Melawan Denggi (AAD) meliputi tiga negara, Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Hadir sama Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Ravindran Naidu dan Pengarah Pemasaran Kawasan Asia Tenggara untuk Kelegaan Kesakitan dan Respirator­i GSK, Heather Pelier.

Dr Ravindran berkata, pesakit dinasihatk­an merujuk kepada satu klinik pada satu masa bagi membolehka­n doktor mengesan corak demam yang menunjukka­n gejala demam denggi.

“Demam denggi perlu dikesan awal bagi mengurangk­an risiko kematian dan meningkatk­an peluang sembuh.

“Sekiranya pergi ke beberapa klinik berbeza untuk mendapatka­n rawatan, sukar untuk doktor mengesan perkembang­an gejala yang dialami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia