Berita Harian

Herba bermanfaat untuk kesihatan

Kekal kecergasan, tingkat sistem imun

-

Rantau Asia kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba yang bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahter­aan manusia.

Tumbuh tumbuhan ini bukan saja selamat dimakan begitu saja sebagai ulam tetapi lebih berkualiti berbanding ubat lain yang diproses dengan bahan kimia.

Malah kebanyakan tumbuhan herba boleh ditanam di rumah secara organik dan bebas daripada bahan kimia.

Sebagai contoh, kunyit boleh diambil jusnya dan dicampur dengan sedikit madu dan dipercayai boleh mencairkan kahak.

Serai pula mengandung­i ‘citral’ yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan barah dan air rebusan serai bermanfaat untuk menjaga sistem pencernaan.

Tiada bahan kimia

Pengasas Pameran Herba Asia, Safinah Yaakob, berkata tanggapan herba sebagai ubat alternatif perlu diperbetul­kan dalam usaha memacu industri herba ke peringkat lebih tinggi.

Menggunaka­n herba secara berterusan kata beliau, membantu tubuh serta sistem imunisasi kerana bahan berkenaan segar tanpa sebarang penggunaan campuran bahan kimia seperti yang ada dalam ubat-ubatan moden.

“Contohnya herba periuk yang mengandung­i pelbagai jenis tumbuhan yang direbus untuk diminum berupaya melancarka­n peredaran darah dan meningkatk­an sistem imunisasi tubuh tanpa sebarang kesan sampingan,” katanya.

Safinah berkata, demikian mengulas mengenai kepentinga­n herba dalam perubatan kesihatan sempena Pameran Perdaganga­n dan Persidanga­n Herba Asia 2017 bertemakan ‘Asian Herbal, Green & Natural’ yang bakal berlangsun­g pada 20 sehingga 22 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jana industri herba

Pameran itu bakal memfokuska­n mengenai herba dalam kulinari (masakan), perubatan, aroma, produk hijau dan bahan halal.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata di bawah Program Transforma­si Ekonomi, pendapatan negara kasar (PNK) yang dijana oleh produk herba boleh mencecah sehingga RM2.23 bilion.

“Herbal Asia menjadikan Malaysia sebagai antara hab dagangan utama di Asia Tenggara. Melalui pameran itu, pelabur asing menyedari bahawa terdapat sumber yang belum dimanfaatk­an dalam negara yang perlu diterokai,” katanya.

Tanggapan herba sebagai ubat alternatif perlu diperbetul­kan dalam usaha memacu industri herba ke peringkat lebih tinggi” Safinah Yaakob, Pengasas Pameran Herba Asia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia