Berita Harian

Korea Utara terus degil lancar roket

Jutaan rakyat Jepun bertempiar­an lari cari perlindung­an

-

Korea Utara melancarka­n peluru berpandu melintasi bahagian utara kepulauan Hokkaido di Jepun dan Lautan Pasifik, semalam - sekali gus mengeruhka­n lagi situasi susulan ujian nuklear Pyongyang, barubaru ini.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, berkata peluru berpandu itu jatuh ke laut, kirakira 2,000 kilometer di timur Hokkaido.

Tentera Korea Utara mendakwa, peluru berpandu itu terbang pada altitud hampir 700 km selama hampir 19 minit, membuktika­n keupayaann­ya untuk terbang sehingga ke Guam, wilayah Pasifik milik Amerika Syarikat (AS).

Lancar peluru berpandu

Pada 20 Ogos lalu, Korea Utara melancarka­n peluru berpandu balistik jarak sederhana dikenali sebagai Hwasong-12 yang terbang sejauh 2,700km, juga melepasi Jepun.

Pengumuman amaran mengenai pelancaran peluru berpandu itu dibuat kira-kira 7 pagi waktu tempatan semalam di beberapa bahagian utara Jepun, manakala sebilangan besar penduduk menerima amaran itu menerusi telefon bimbit atau siaran televisyen yang menggesa mereka mencari tempat berlindung.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis, berkata pelancaran berkenaan menyebabka­n jutaan rakyat Jepun bertempiar­an lari mencari perlindung­an walaupun rata-rata penduduk di utara negara itu kelihatan tenang dan menjalanka­n kegiatan harian seperti biasa.

Tentera AS dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesan satu peluru berpandu balistik jarak sederhana sejurus selepas pelancaran berkenaan, tetapi ia tidak memberikan sebarang ancaman kepada negara mereka atau wilayah Guam yang terletak 3,400km dari Korea Utara.

Guna pendekatan baharu

Susulan pelancaran itu, Setiausaha Negara, Rex Tillerson menggesa pendekatan baharu diguna pakai terhadap Korea Utara.

Katanya, provokasi berterusan negara Asia berkenaan memburukka­n lagi sekatan ekonomi serta diplomatik terhadap mereka.

 ?? [FOTO AFP] ?? Korea Selatan membedil roket Hyunmu-2 ke arah Laut Timur sebagai reaksi kepada pelancaran negara jiran, semalam.
[FOTO AFP] Korea Selatan membedil roket Hyunmu-2 ke arah Laut Timur sebagai reaksi kepada pelancaran negara jiran, semalam.
 ?? [FOTO AFP] ?? Seorang lelaki melihat skrin TV memaparkan peluru berpandu yang dilepaskan Korea Utara, semalam.
[FOTO AFP] Seorang lelaki melihat skrin TV memaparkan peluru berpandu yang dilepaskan Korea Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia