Berita Harian

Kedah dapat bekalan selesa

Selangor tumbang di laman sendiri

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Juara bertahan, Kedah selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-2 pada aksi suku akhir pertama trofi berprestij itu di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam tadi.

Keputusan itu menyaksika­n Selangor yang juga juara 33 kali berdepan tugas berat untuk bangkit kerana sekurang-kurangnya perlu menang 2-0 pada aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 24 September ini untuk menghalang kemaraan anak buah Nidzam Adzha Yusoff.

Pada aksi malam tadi, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat selepas penyerang import dari Denmark, Ken Ilso berjaya menyudahka­n hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-10.

Hanya lima minit kemudian, kealpaan benteng pertahanan The Red Giants sekali lagi dihukum Ilso apabila pemain itu bijak menolak masuk gol kedua Helang Merah.

Kedudukan berubah

Selangor cuba bangkit untuk merapatkan jurang gol dengan beberapa gerakan dan skuad kendalian P Maniam itu terpaksa menunggu hingga minit ke-53 apabila Rufino Segovia menanduk masuk bola hantaran Syahmi Safari.

Bagaimanap­un, Helang Merah kembali menjarakka­n kedudukan menerusi pemain kebangsaan, Syazwan Zainon yang menyempurn­akan bola hantaran lambung Liridon Krasniqi pada minit ke-68.

Selang dua minit kemudian, kedudukan itu berubah lagi apabila Segovia meledak gol kedua hasil hantaran pemain gantian, Andik Vermansyah.

The Red Giants kemudian melakukan asakan bertali arus ke kubu Helang Merah pada penghujung perlawanan namun gagal mendapatka­n gol penyamaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia