Berita Harian

Pahang resah jika pemain lalai jumpa Bos Gaurus

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pemain Pahang perlu memberi sepenuh komitmen dan mempamerka­n persefaham­an mantap apabila berdepan Perak pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mengakui pasukan The Bos Gaurus memiliki reputasi cemerlang di peringkat kumpulan, jadi skuad Tok Gajah perlu memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri untuk membenam lawan.

“Saya akui lawan memiliki barisan pemain berpengala­man dan sudah pasti mereka akan berusaha mencari gol di sini sebagai bekalan pada suku akhir kedua nanti (23 September).

“Sebab itu saya ingatkan pemain supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi tekanan kepada diri sendiri menjelang perlawanan kedua nanti.

“Mahu atau tidak, mereka (pemain) perlu beraksi dengan baik dan mencatat kemenangan selesa jika mahu ke pusingan seterusnya,” katanya.

Ghairah buru gol

Dalam usaha memburu kemenangan mutlak, Ahmad Shaharuddi­n kini bersandark­an sepenuhnya kepada aspek persefaham­an tinggi yang menjadi kekuatan skuad Tok Gajah sebelum ini.

Katanya, sentuhan Matheus Alves juga ditagih untuk merobek gawang lawan, selain sumbangan Yamil Romero yang semakin menunjukka­n keserasian dan ghairah untuk memburu gol.

“Bagi saya, Alves mampu menjalanka­n tanggungja­wabnya menjaringk­an gol serta memainkan peranan untuk menekan barisan pertahanan lawan.

“Romero juga semakin serasi. Dia mempamerka­n semangat cukup tinggi dan menjaringk­an satu gol ketika membenam Tteam.

“Saya harap gandingan mereka dapat membuka ruang kepada kami terus mara ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke pentas final Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia