Berita Harian

Peng Soon-yee See terus cemerlang

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-cheah Yee See terus mempamerka­n ‘magis’ apabila mara ke separuh akhir Terbuka Korea Selatan, semalam.

Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-kim Ha Na 13-21, 21-10, 21-18 dalam aksi suku akhir kejohanan yang berlangsun­g di Seoul.

Kelmarin, Peng Soon-yee See yang mula digandingk­an sejak Mei lalu cemerlang apabila menyingkir­kan pilihan kedua dari England, Chris Adcock-gabrielle Adcock pada aksi pusingan kedua.

Perlu lebih bersedia

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya melangkah sejauh ini. Untuk perlawanan hari ini, kami tidak bermain dengan baik di set pertama dan banyak melakukan kesilapan mudah namun set kedua dan ketiga, kami kembali fokus dan berjaya mengatasi lawan kami.

“Saya harap kami akan lebih fokus esok (hari ini) menghadapi lawan kami untuk cuba melangkah ke pentas final,” kata Peng Soon ketika dihubungi di Seoul, semalam.

Peng Soon-yee yang meraih gelaran Terbuka Russia, Jun lalu akan berdepan pemenang perlawanan antara beregu China, Wang Yilyu-huang Dongping dengan Yuki Kaneko-koharu Yonemoto dari Jepun untuk aksi separuh akhir.

Mengulas mengenai pertembung­an separuh akhir, Peng Soon menyifatka­n kedua-dua beregu itu mempunyai kekuatan tersendiri dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar untuk mereka.

“Bagi saya, semua yang mara ke separuh akhir kuat. Namun, kelebihan nampak memihak kepada pasangan China itu, apa pun yang penting persiapan kami dan kami perlu lebih bersedia,” katanya.

Bagaimanap­un, nasib tidak menyebelah­i satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie apabila tersingkir di suku akhir.

Mereka tewas kepada pasangan Jerman, Marvil Emil Seidel-linda Efler 21-18, 13-21, 18-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia