Berita Harian

Tiga ‘gergasi’ sedia taja Kelantan

Bibi Ramjani yakin masalah kewangan TRW selesai jika dipilih terajui KAFA

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pasti tidak lagi dibelenggu hutang selepas ini apabila tiga syarikat antarabang­sa yang menaja beberapa kelab Eropah sedia menjadi penaja The Red Warriors (TRW).

Calon Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata ketigatiga syarikat sudah memberi ‘lampu hijau’ untuk membantuny­a mengangkat semula martabat bola sepak Kelantan sekiranya terpilih menerajui badan induk itu pada Kongres Agung Tahunan Ke-63, esok.

Usahawan batik

Bibi Ramjani yang juga usahawan batik dan mempunyai syarikat hartanah berkata, antara perkara yang mahu dilakukann­ya sebaik dipilih menerajui KAFA adalah memastikan kewangan mencukupi selain tidak berlaku ketirisan.

“Jika saya diberi mandat memimpin KAFA, perkara paling penting adalah mahu mengawal dan mengurus kantung kewangan dengan berhemat.

Lakar sejarah

“Justeru, saya sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada tiga syarikat multinasio­nal yang ingin menjadi penaja dan saya yakin kesediaan mereka itu akan membantu menstabilk­an kewangan persatuan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akademi di Eropah

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata, syarikat berkenaan turut mempunyai akademi bola sepak di Eropah.

“Jadi dengan adanya kemudahan bola sepak pada syarikat berkenaan, saya lebih mudah untuk menjalinka­n kerjasama latihan dengan kelab di luar negara,” katanya.

Bibi Ramjani akan berdepan pertarunga­n satu lawan satu dengan Naib Presiden, Datuk Mohamad Nasir Hamzah dan sekiranya terpilih, beliau akan melakar sejarah menjadi wanita pertama menerajui KAFA.

 ??  ?? Bibi Ramjani juga aktif sukan polo.
Bibi Ramjani juga aktif sukan polo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia