Berita Harian

Skuad badminton negara sasar empat emas

- Oleh Fabian Peter

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria yakin skuad kebangsaan akan meraih sekurang-kurangnya empat emas.

Selepas bertemu barisan pemain negara di Axiata Arena, semalam, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria meluahkan keyakinan betapa sasaran itu mampu dicapai.

“Sejak saya mengambil alih jawatan presiden April lalu, satu daripada langkah utama ialah menubuhkan jawatankua­sa badminton para kerana kami akur, sukan ini juga akan dipertandi­ngkan di temasya Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Setakat ini, belum ada pengurusan rasmi untuk skuad itu. Kami ambil inisiatif sendiri untuk bersiap sedia jika mahu melihat pencapaian yang membanggak­an dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Bagi Para KL2017, Malaysia akan beraksi dalam 13 daripada 14 acara. Saya yakin, pasukan negara mampu meraih minimum empat pingat emas,” katanya.

Tekad jadi juara dunia

Bagi edisi kali ini, 26 pemain dipilih untuk mengambil bahagian. Ketika saingan 2015 di Singapura, Malaysia meraih dua pingat emas, empat perak dan lima gangsa.

Seorang daripada prospek emas ialah juara dunia, Didin Taresoh, yang beraksi dalam acara perseorang­an lelaki kategori SS6.

Didin, 42, berkata, dia mahu meningkatk­an persembaha­n serta pencapaian peribadiny­a terutama di kejohanan utama sebagai persiapan menghadapi temasya 2020.

“Saya sebenarnya sudah dianggap veteran, tetapi saya berlatih dengan gigih dan saya mahu membuktika­n sesuatu untuk negara. Anda boleh katakan, selepas Paralimpik 2020, saya mungkin masih bertanding.

“Saya mula aktif sejak 2015 dan berlatih bersama atlet normal di Sabah,” katanya yang juga guru matematik di Sekolah Kebangsaan Bongkud Ranau.

 ??  ?? Norza (kanan) memberi kata-kata semangat kepada skuad badminton para negara, semalam.
Norza (kanan) memberi kata-kata semangat kepada skuad badminton para negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia