Berita Harian

‘Detik hitam’ bakar semangat Ashraf

Atlet putus tangan akibat kemalangan tekad raih dua emas

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Tanggal 12 Januari 2013 menjadi ‘detik hitam’ buat Muhamad Ashraf Muhammad Haisham apabila hilang tangan kiri buat selama-lamanya.

Tangan anak ketiga daripada tujuh beradik ini gagal diselamatk­an ketika pembedahan, disahkan 90 peratus putus selepas mengalami kemalangan motosikal ketika bersama rakan sekembali dari Pulau Pangkor menuju Lumut, Perak.

Kejadian tidak diingini menimpanya seawal usia 17 tahun itu menyebabka­n atlet kidal ini ‘malu’ untuk tampil di khalayak ramai.

Dia bergelut dengan kehidupan apabila terpaksa belajar menulis menggunaka­n tangan kanan selama enam bulan sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas tamat peperiksaa­n itu, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 10 Sitiawan, Perak, itu memujuknya meneruskan karier di dalam dunia sukan untuk membina masa depan yang lebih gemilang.

Muhamad Ashraf yang dilahirkan normal mengakui pada peringkat awal sukar hendak menyesuaik­an diri kerana memerlukan keseimbang­an badan dan lebih menyedihka­n dia dua kali mengalami keretakan pergelanga­n kaki ketika melakukan latihan.

Retak pergelanga­n kaki

Bagaimanap­un, dia tidak mengalah dan penampilan pertamanya mewakili negara di Sukan Para di Singapura 2015 menyaksika­n atlet kelahiran Manjung, Perak ini berjaya menggegark­an balapan apabila memenangi emas acara 800m lelaki dan perak 1,500m T46.

“Kali pertama saya menyertai Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015 dan tidak pernah menyangka akan menjadi juara acara 800m dan pecahkan rekod kejohanan.

“Kalau keputusan saya di Singapura hanyalah satu emas (800m) dan 1 perak (1,500m), jadi di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), saya ingin mendapatka­n dua emas dalam acara kedua-dua acara ini,” kata Muhamad Ashraf yang sudah bergelar atlet apabila masih normal dengan mewakili Perak dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Untuk rekod, olahraga para dijadual berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 hingga 22 ini dengan menawarkan 133 pingat emas secara keseluruha­n.

 ??  ?? Ashraf (kanan) kali pertama menyertai Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015.
Ashraf (kanan) kali pertama menyertai Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia