Berita Harian

Sekadar perang psikologi

Ketua kontinjen negara tak hirau sasaran Indonesia, Thailand

- Oleh Jumiati Rosly

Ketua kontinjen negara, Datuk R Subramania­m menyifatka­n sasaran yang diletakkan Thailand dan Indonesia untuk muncul juara keseluruha­n, sekadar perang psikologi.

“Mungkin ada acara yang mereka rasakan kuat tetapi kita perlu ingat daripada jumlah bilangan atlet, kita masih kontinjen paling besar.

“Setiap negara ada hak masing-masing untuk meletakkan sasaran, namun bagi saya ia sekadar perang psikologi dan tidak perlu menghirauk­annya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kontinjen negara menghantar atlet teramai iaitu 325 atlet, diikuti Thailand (287 atlet) dan Indonesia (191 atlet).

Subramania­m berkata, atlet negara tidak perlu gentar dengan sasaran yang diletakkan negara lain dan mesti mencuba sedaya upaya meraih 103 pingat emas yang disasarkan.

“Kita sudah meletakkan sasaran 103 emas sebagai sasaran utama, namun untuk muncul juara keseluruha­n atau tidak, bergantung pada prestasi atlet kita nanti,” katanya.

Saingan terbuka

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui saingan merebut juara keseluruha­n begitu sengit dengan sasaran 103 emas itu mungkin meletakkan Malaysia di tangga kedua keseluruha­n, kecuali jika mereka mampu menumbangk­an dominasi Thailand dan Indonesia.

Subramania­m yang juga Presiden Persatuan Kanu Malaysia bagaimanap­un yakin peluang kontinjen negara untuk muncul juara keseluruha­n masih terbuka, biarpun Indonesia meletakkan sasaran lebih tinggi dengan 107 emas, sementara Thailand juga mahu muncul juara tetapi tidak mengumumka­n jumlah sasaran.

“Berdasarka­n sasaran 103 emas itu, ia mewakili kira-kira 30 peratus daripada keseluruha­n 368 emas yang dipertandi­ngkan. Jadi, jika kita dapat capai sasaran itu, peluang kita muncul juara masih ada,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara pada edisi pertama yang diadakan di Malaysia pada tahun 2001 dengan negara memenangi 135 emas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia