Berita Harian

Napoli, Juventus terus gah di puncak

-

Milan: Penyandang juara, Juventus dan Napoli meneruskan kempen sempurna di awal musim untuk kembali menghuni tangga teratas Serie A selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing, awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, Juventus sedikit bergelut sebelum membenam Fiorentina 1-0 di Turin, manakala Napoli mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Lazio sekali pun terlebih dulu dibolosi lawan.

Selepas lima perlawanan, Juventus dan Napoli mengumpul 15 mata maksimum ketika satu lagi pencabar, Inter Milan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata di Bologna.

Stefan de Vrij meletakkan Lazio di depan pada babak pertama, namun Napoli yang beraksi di gelanggang lawan bangkit untuk menjaringk­an empat gol pada babak kedua termasuk tiga gol dalam tempoh empat minit.

Selepas aksi separuh masa pertama di Turin berakhir tanpa jaringan, gol tunggal Juventus dijaringka­n penyerang Croatia, Mario Mandzukic menerusi tandukan berpunca hantaran menarik Juan Cuadrado pada minit ke-53.

Pencabar utama

Sekalipun Fiorentina terpaksa beraksi 10 pemain apabila pemain tengah, Milan Badelj dilayangka­n kad merah, tiada jaringan tambahan berjaya dijaringka­n naib juara Eropah itu sehingga tamat permainan.

“Perlawanan ini memberi pengajaran bahawa untuk mencatat kemenangan, kamu perlu bergelut dan 1-0 adalah keputusan yang baik,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Napoli sama seperti Inter, AC Milan dan Roma - mereka adalah pencabar utama kami. Kami perlu melangkah ke depan dengan tenang, satu langkah ke satu langkah.

“Perlawanan tetangga adalah hebat dan kami memperoleh beberapa hari untuk proses pemulihan,” kata Allegri dengan skuadnya dijadual bertemu kelab tetangga, Torino dalam kempen Serie A, Ahad ini.

 ??  ?? Pemain Napoli, Jose Maria Callejon (kiri) merai jaringanny­a ketika menentang Lazio, semalam.
Pemain Napoli, Jose Maria Callejon (kiri) merai jaringanny­a ketika menentang Lazio, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia