Berita Harian

Lubuk rahsia pengubat duka

Pertukaran lokasi memancing oleh tekong beri hasil lumayan

-

Hajat untuk memancing di Tukun Perak terpaksa dilupakan oleh sekumpulan lapan pemancing apabila dimaklumka­n oleh tekong, Lee Hung Eng bahawa keadaan laut yang berbahaya.

Perkembang­an itu sedikit mengecewak­an penulis bersama YH

Lee, Azmi Ahmad,

Mohd Azrin Aliman,

Syamil Sazili, Sharul

Nizam, Kenny Chiam dan Ng Guano Chook.

Masing-masing yang sudah bersiap dengan peralatan memancing bermasam muka kerana berdasarka­n tangkapan trip rakan-rakan yang lepas, ikan jemuduk aktif menghentam popper.

Tekong Hung Eng kemudian memberi cadangan untuk menukar lokasi memancing. Dia mencadangk­an kami supaya trip empat hari diganti menjadi dua hari satu malam.

Kejutan ikan bulan

Perjalanan ke lubuk rahsia yang diketahui oleh Hung Eng memakan masa empat jam.

Tidak perlu menunggu lama apabila tiba di lubuk itu, jig Seafloor Control Rector 240 gram milik Syamil terus dihentam penghuni dasar. Kami cemas apabila ikan mula timbul di permukaan air kerana ia agak pelik.

Ikan yang muncul dari kedalaman 90 meter biasanya tidak membuat renangan akrobatik. Alangkah terkejutny­a kami apabila melihat ikan bulan seberat 2.3 kiligram (kg) berjaya didaratkan. Sambaran kedua di lubuk itu milik Guano Chook.

“Ikan bulan Costa

Rica agaknya yang hentam jig Opass 250 gram ini,” kata Azrin.

Selepas 10 minit perlawanan, ternyata ikan wahoo seberat 8kg berjaya didaratkan.

Berjaya peroleh kerapu

Pada waktu malam, trip kami dilanda ribut. Angin terlalu kuat sehingga menyebabka­n barang berterabur.

Kami bersama-sama menyimpan barangan tetapi dua joran Major Craft Giant Killing milik Shahrul Nizam diterbangk­an angin.

Hari kedua sebelum balik, tekong singgah di satu lagi lubuk rahsia. Memang layak dipanggil rahsia apabila Azmi dan Kenny berjaya mendaratka­n kerapu seberat 5kg, masing-masing menggunaka­n jig Opass Bayonet.

Selain ikan besar, ada juga hasil bersaiz kecil seperti ibu kerisi, kerapu, cencaru dan tuna. Kami pulang ke jeti dengan membawa hasil dan 1,001 cerita sedih dan gembira untuk dikongsi bersama rakan.

Ikan bulan Costa Rica agaknya yang hentam jig Opass 250 gram ini” Mohd Azrin Aliman, Pemancing

 ??  ?? Syamil dengan ikan bulan yang muncul dari kedalaman 90 meter di bawah air.
Syamil dengan ikan bulan yang muncul dari kedalaman 90 meter di bawah air.
 ??  ?? selepas berhempas pulas 10 minit, akhirnya Azrin berjaya menaikkan wahoo.
selepas berhempas pulas 10 minit, akhirnya Azrin berjaya menaikkan wahoo.
 ??  ?? Kenny puas hati dengan ikan kerisi yang diperolehn­ya.
Kenny puas hati dengan ikan kerisi yang diperolehn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia