Berita Harian

RAIH EMAS WALAUPUN BELUM SEMBUH DENGGI

Raih emas acara 200m selepas tersisih acara 100m

- Oleh Mohd Khairie Khalid dan Ferzalfie Fauzi bhsukan@bh.com.my Kuala Lumpur

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktika­n dirinya sangat luar biasa apabila meraih emas acara 200 meter (m) T36 (celebral palsy) dengan masa 26.03s, meskipun berlari dalam keadaan kurang sihat gara-gara demam denggi.

Pelari sensasi yang dipanggil Dek Wan ini mengerah sepenuhnya tenaga dalam saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk melakukan pecutan pada 50 meter terakhir bagi mengecewak­an wakil Indonesia, Muhamad Agung Laksana dengan catatan 26.20s.

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan yang memenangi pingat emas acara 100m T36 di temasya Paralimpik Rio, Brazil 2016 tidak diturunkan dalam acara 100m dan 400m kerana mengalami demam denggi sejak Khamis lalu.

Dia kini berada dalam pemantauan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelakka­n sebarang insiden tidak diingini.

Rezza gangsa

“Syukur Alhamdulil­lah saya dapat buat yang terbaik, saya amat gembira dapat beraksi dan menyumbang­kan pingat emas untuk Malaysia, terima kasih semua,” kata atlet kelahiran Padang Besar, Perlis ini semalam.

Kepantasan pecutan Dek Wan menyaksika­n seorang lagi pelari negara, Mohd Rezza Md Rashid yang terpaksa berpuas hati di kedudukan pingat gangsa dengan catatan 29.69s.

Ketua Jurulatih Olahraga Para Malaysia, R Jeganathan yang sebak selepas kemenangan itu berkata, sebelum beraksi dalam acara 200m, dia memesan kepada Mohamad Ridzuan agar tidak terlalu memaksa diri sendiri kerana dia masih di bawah seliaan doktor.

Namun, katanya, dia yakin dengan semangat membara anak didiknya itu kerana ketika sesi percubaan larian, dia mampu berlari seperti biasa.

Perkembang­an itu menggembir­akan banyak pihak kerana Dek Wan masih mampu untuk beraksi dan menjadi sebahagian daripada wira negara meskipun dirinya tidak sihat sepenuhnya.

Syukur Alhamdulil­lah saya dapat buat yang terbaik, saya amat gembira dapat beraksi dan menyumbang­kan pingat emas untuk Malaysia, terima kasih semua” Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Pemenang emas 200m T36

 ??  ??
 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Mohamad Ridzuan merai kejayaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Mohamad Ridzuan merai kejayaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia