Berita Harian

NGO mohon Sultan campur tangan halang pesta arak, gay

-

Shah Alam: Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Istana Bukit Kayangan, di sini untuk menyerahka­n memorandum bantahan penganjura­n pesta arak dan gay di negeri ini.

Wakil mereka, Nazilah Idris, berkata memorandum itu bagi memohon Sultan Selangor memberi amaran keras kepada penganjur agar tidak sesekali menganjurk­an acara sedemikian di negeri ini.

“Kami khuatir pesta arak dan gay akan berpindah ke sini (Selangor) selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjura­n di ibu negara.

Hina agama Islam

“Rakyat Selangor memohon Tuanku untuk mengharamk­an pesta ini dianjurkan kerana ia sama sekali menghina agama Islam serta mencemarka­n kedaulatan negeri ini.

“Tuanku adalah ketua agama Islam di Selangor dan kami rakyat Selangor khuatir mungkin ada agenda tersembuny­i di sebalik penganjura­n pesta ini,” katanya ketika ditemui selepas perhimpuna­n itu semalam.

Antara NGO itu ialah Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Biro Aduan Masyarakat Selangor (BAMS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Gabungan NGO 1Malaysia, Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan), Gerakan Team Boss 38, Alif Ba Ta Srikandi Mahsyur dan Gerakan Biru Bersatu ABATA.

Terdahulu, Nazilah menyerahka­n memorandum bantahan kepada wakil Istana Selangor, Pengiring Rapat Sultan Selangor, Sarjan Mejar Aznan Din.

Sementara itu, kira-kira 100 orang berkumpul di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini selepas selesai solat Jumaat.

Mereka melahirkan rasa tidak puas hati serta meminta umat Islam membantah pesta arak dan gay diadakan di negeri ini.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjura­n pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadualka­n pada 6 Oktober ini.

Selain itu, pesta gay dikenali sebagai White Party turut dicanang akan diadakan di ibu negara pada 30 September ini.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Nazilah mewakili NGO Selangor menyerahka­n memorandum bantahan pesta arak dan gay kepada Aznan di depan Istana Bukit Kayangan, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Nazilah mewakili NGO Selangor menyerahka­n memorandum bantahan pesta arak dan gay kepada Aznan di depan Istana Bukit Kayangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia