Berita Harian

Normal baharu perlu hormati kelestaria­n

Di kawasan perumahan baharu, walaupun rumah berpagar dan kamera litar tertutup, banyak rumah dimasuki pencuri” Hari ini, normal baharu ialah fenomena individu berusaha menonjolka­n diri tanpa hormati etika dan integriti untuk jadi pemimpin” Pembanguna­n unt

-

Pandangan Tun Musa Hitam mengenai konsep tidak normal, normal dan normal baharu yang disiarkan media massa menarik perhatian saya. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau sering melawati Filipina dan berasa ganjil melihat kawasan kediaman mewah dipagar rapi dan berpengawa­l keselamata­n.

Beliau tidak dapat membayangk­an senario keselamata­n di Malaysia bakal sampai ke tahap itu. Ini sesuatu yang tidak normal katanya. Hari ini, kawasan perumahan berpagar dan berpengawa­l keselamata­n amat lumrah dan menjadi normal di negara kita. Tanggapan Musa mengenai keselamata­n negara ketika itu meleset.

Benar, ketika membesar di pekan Jementah, rumah ibu bapa saya terletak tepi jalan raya dengan pintu hadapannya tidak pernah berkunci. Pintu dan tingkap kebanyakan rumah di kampung Paya Jakas dan Permatang Panjang juga tidak berkunci. Begitupun, jarang kita dengar pencuri pecah masuk rumah.

Hari ini, di kawasan perumahan baharu, walaupun rumah berpagar, bergril, ada alat amaran dan kamera litar tertutup, hakikatnya banyak rumah dimasuki pencuri. Penghuni diugut, tangan kaki diikat dan harta disamun. Pecah masuk rumah kini normal baharu. Untuk mencapai kemajuan, negara dan warganya perlu melalui perubahan dan menggerak transforma­si ke hadapan dan terus menaiki anak tangga. Rakyat perlu tunjuk pencapaian positif, bina tamadun bangsa dan berganjak ke arah kecemerlan­gan.

Saya masih ingat, sebaik negara mencapai kemerdekaa­n, kita mengekalka­n ‘pekerja asing’ dan ambil baharu. Sejumlah kecil warga penjajah masih pegang jawatan tinggi di institusi kerajaan, sementara beberapa pakar lain dijemput isi kekurangan tenaga mahir dan pakar dalam bidang pendidikan, industri dan pertanian.

Hari ini, kita masih membawa masuk ramai pekerja asing, di setiap pelosok kampung dan bandar mereka melimpah ruah. Hampir semua buruh dalam sektor perkhidmat­an, pertanian dan industri. Normal ketika itu ialah pekerja asing yang menduduki jawatan tinggi, normal baharu pula, pekerja asing mengambil alih jawatan buruh, kononnya tidak digemari warga tempatan.

Suatu ketika dahulu, negara kekurangan pemimpin dan tidak ramai berminat untuk mengambil tanggungja­wab berat ini. Pemimpin negara ketika itu, terpaksa memujuk rakan dan taulan yang lazimnya berpendidi­kan tinggi, tampil menjadi pemimpin masyarakat. Pada peringkat bawahan juga, masyarakat perlu memujuk individu yang dilihat sebagai jujur dan berpendidi­kan, untuk diangkat menjadi pemimpin.

Hari ini, ramai pemimpin menonjolka­n diri, bekerja keras supaya dilihat masyarakat dan ramai juga kurang beretika atau beri suapan bagi membolehka­n mereka dipilih menjadi pemimpin. Normal baharu ialah fenomena individu berusaha menonjolka­n diri tanpa hormati etika dan integriti untuk jadi pemimpin.

Demokrasi berperlemb­agaan bermaksud, kuasa majoriti menentukan susur galur pembanguna­n negara. Secara praktisnya, rakyat pilih pemimpin dan parti memerintah. Pemimpin negara dan negeri dipilih berlandask­an perundanga­n, persetujua­n bersama dan aspirasi rakyat.

Wang faktor utama setiap urusan

Hari ini kita dapat perhatikan pelbagai kelompok minoriti, bukan sahaja menuntut hak dalam sistem demokrasi, tetapi turut mempengaru­hi kepemimpin­an untuk dapat lebih daripada hak mereka. Sudah lumrah kini, minoriti berpengaru­h boleh jadi peneraju gerakan pembanguna­n berasaskan kepentinga­n diri atau kelompok kecil. Mulai terjelma normal baharu iaitu kelompok minoriti berpengaru­h menjadi suara majoriti.

Suatu masa dahulu, tugas dan tanggungja­wab jadi amanah berat dan gaji jadi ganjaran kepada sumbangan itu. Kadar gaji bersifat kemampuan majikan dan penghargaa­n terhadap kepentinga­n sumbangan. Hari ini, kerja untuk pendapatan dan nilainya bergantung kepada keupayaan bersaing. Kuasa wang semakin menyerlah, menjadi sangat penting sehingga mencapai tahap faktor utama segala urusan.

Dunia akademik juga turut berubah. Tiada siapa lagi yang menegaskan ‘nilai teras akademik’ iaitu mencari kebenaran, mengejar kecemerlan­gan, meraikan kepelbagai­an dan ilmu perlu dikongsi menjadi asas pembanguna­nnya.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI), iaitu istilah diperkenal­kan dalam dunia korporat kini jadi pegangan utama’ dunia akademik. Setiap ahli akademik ada KPI dan ia harus dicapai setiap tahun.

KPI bagus tetapi harus munasabah. Jika tidak, akibatnya keindahan kulit buku dan format penyampaia­n mengatasi nilai kandungan, sementara kuantiti penerbitan ilmiah mengatasi kualiti pemikiran. Kesarjanaa­n dan kewibawaan bukan lagi ukuran ilmuwan, sebaliknya ia disandarka­n kepada jumlah penerbitan, indeks terbitan atau rujukan, dan jumlah dana diperoleh menjadi pengukur kecemerlan­gan.

Suatu ketika dahulu, pusat pengajian tinggi dan mesyuarat Senat iaitu badan akademik tertinggi universiti adalah tempat perdebatan ilmiah, pandangan sarjana dihormati dan kebenaran disanjung serta diraikan. Keadaan sudah berubah, ahli akademik memperjuan­g kebenaran (ilmu) dianggap bawa masalah kepada organisasi dan dipinggirk­an.

Ahli akademik yang berpegang kepada amalan kesetiaan membuta tuli dan ‘saya yang menurut perintah’, adalah akademik yang dianggap produktif. Normal baharu di institusi universiti ialah amalan menerima sahaja dan usah menyanggah pandangan kepemimpin­an yang berbeza.

Pembanguna­n untuk maju dan membina tamadun perlu menerima transforma­si serta perubahan. Perubahan positif dan menyokong wawasan pembanguna­n lestari - pertumbuha­n ekonomi, keharmonia­n dan kesejahter­aan sosial dan kesihatan alam sekitar sentiasa diharapkan. Kita seharusnya boleh terima perubahan daripada tidak normal jadi normal, dan normal menjadi normal baharu. Begitupun, normal baharu yang tidak menghormat­i kelestaria­n, pada hakikatnya ialah fenomena melangkah ke belakang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia