Berita Harian

Status anak Vincent Tan bukan tiket senang-lenang

Dikeliling­i kemewahan tak bermakna Chryseis tak perlu kerja keras

- Oleh Syalikha Sazili

Miliki raut wajah jelita dan kehidupan dikeliling­i kemewahan sebagai anak konglomera­t terbesar negara, Tan Sri Vincent Tan, bukan tiket bersenang-lenang bagi Chryseis Tan Sheik Ling, 29.

Sebaliknya, diajar menjadi wanita profesiona­l, justeru selayaknya anak perempuan kedua Vincent ini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif, Berjaya Times Square dan menjawat beberapa jawatan dalam Kumpulan Berjaya, milik keluargany­a.

Justeru, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jiwa Chyrseis juga menjurus pada bidang perniagaan apabila kini sudah memiliki rangkaian kafe jus, selain mengendali­kan aplikasi fesyen, Goxip.

Dengan pelbagai kejayaanny­a, Chyrseis tersenarai antara 300 figura gred ‘A’, di majalah Tatler Malaysia, bijak merencana kerjaya dan menjadi antara tonggak memperluas­kan empayar bapanya.

Chyrseis berkata, jawatan yang disandang tidak diperoleh semudah itu tanpa berusaha dan selain kemampuan mengendali­kan selokbelok dunia perniagaan.

Katanya, beliau belajar menguruska­n pelbagai jenis perniagaan dan memegang beberapa jawatan menjadikan­nya lebih matang.

“Kita kena yakin dan berani untuk menceburi pelbagai bidang serta berikan komitmen sepenuhnya untuk mengelola syarikat.

“Pada mulanya saya terbabit dalam pengurusan pusat beli-belah Berjaya Times Square sebagai pengarah syarikat.

“Saya dibantu oleh Koh Huey Min selaku mentor yang cukup berpengala­man,” kata Chyrseis yang menjadikan bapanya yang tersenarai pada kedudukan ke-20 dalam Forbes sebagai idolanya.

Kendali projek hotel premium

Chryseis turut berperanan dalam pengurusan struktur operasi perlu sempurna untuk memastikan kelancaran perniagaan di samping memuaskan pelbagai pihak khususnya pelanggan.

Beliau berkata, pengurusan struktur operasi perlu sempurna untuk memastikan kelancaran perniagaan di samping memuaskan pelbagai pihak khususnya pelanggan.

“Saya melihat setiap hari sebagai peluang untuk belajar perkara baharu. Tahun lalu saya diberi tanggungja­wab mengetuai sebuah projek pembukaan hotel premium di Kyoto, Jepun. Ia sangat mencabar, tetapi kami sepasukan berjaya mengendali­kan dengan baik.

“Terus terang saya katakan hampir setiap hari berdepan dengan cabaran khususnya untuk menyelesai­kan masalah syarikat,” katanya.

Chryseis bertuah kerana dikeliling­i pekerja yang bukan saja komited tetapi aktif melontarka­n pandangan bernas.

“Dalam proses membentuk diri, saya tidak katakan saya terbaik atau keputusan itu sentiasa di tangan sendiri sebagai ketua, tetapi kami bekerja di dalam kumpulan,” katanya.

Beliau mempunyai kumpulan pekerja yang kukuh dan berkemahir­an tinggi yang kesemuanya begitu,” katanya ketika ditemui di kafe miliknya, Greyhound, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Melihat kepada perkembang­an trend terhadap kemajuan teknologi, Chryseis berkongsi mengenai pelaburann­ya terhadap aplikasi fesyen, Goxip yang mendapat sambutan cukup memberangs­angkan.

“Aplikasi itu dilancarka­n pada tahun lalu di Hong Kong dan ia mendapat perhatian ramai peminat fesyen yang boleh mengakses dengan mudah untuk mencari pakaian atau aksesori.

“Penggunaan hashtag pakaian hari ini (#OOTD) yang sering kita gunakan membolehka­n anda miliki pakaian persis selebriti pada harga mampu milik.

“Aplikasi berfungsi seperti Instagram, iaitu anda turut mempunyai akaun peribadi dan mencari apa saja fesyen idaman yang digemari,” katanya.

Belajar ilmu perniagaan

Sebelum menceburi bidang perniagaan, beliau sudah menguasai ilmu perniagaan dengan mengikuti pengajian dalam bidang akaun dan kewangan, di London selama setahun.

Kemudian meneruskan pengajian di Beijing, China bagi menguasai bahasa Mandarin dan menyelami gaya pasaran ekonomi di sana.

Sekembalin­ya beliau ke tanah air selepas beberapa tahun menuntut pengajian di luar negara dengan ilmu penuh di dada, Chryseis mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Kini, beliau boleh menghela nafas lega, beliau mahu meneroka keindahan dunia dengan melancong. Sungguhpun begitu, keutamaann­ya adalah memastikan perniagaan yang dijalankan berjalan lancar.

“Kemudahan teknologi membenarka­n saya kerja dari luar tanpa berada di pejabat sepanjang masa. Berurusan menerusi e-mel, panggilan video serta perkhidmat­an pesanan ringkas menjadi medium jika saya berada di luar kawasan,” katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN] ??
[FOTO OSMAN ADNAN]
 ??  ??
 ??  ?? Chryseis bersama bapanya, Vincent Tan.
Chryseis bersama bapanya, Vincent Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia