Berita Harian

Kampung Chemomoi pilihan pertama

BIKUM jelajah 60 cawangan UMNO seluruh negara salur bantuan

- Oleh Roselan Ab Malek

Kira-kira 1,800 penduduk Kampung Chemomoi dekat sini, bertuah apabila perkampung­an mereka menjadi lokasi persinggah­an pertama program UMNO Bantu Rakyat 2.0 yang bermula semalam.

Pelbagai program kebajikan masyarakat diadakan Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) termasuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I), penyampaia­n barangan keperluan kepada ibu tunggal dan anak yatim, membaiki pendawaian elektrik serta penyelengg­araan motosikal.

Pengerusi BIKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata program kebajikan itu sebahagian daripada usaha berterusan UMNO membantu rakyat terutama yang kurang berkemampu­an dan tidak bernasib baik.

Bukti sentiasa bantu rakyat

“Usaha ini membuktika­n UMNO sentiasa bersama rakyat sepanjang masa berbanding parti lawan yang hanya timbul apabila tiba musim pilihan raya.

“Melalui program UMNO Bantu Rakyat 2.0 ini, kita akan menjelajah ke-60 cawangan UMNO seluruh negara hingga Disember ini untuk mendengar permasalah­an dan membantu rakyat,” katanya pada pelancaran majlis itu di Dewan Orang Ramai Kampung Chemomoi, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Khairuddin Yaakob.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata sumbangan disalurkan itu bukan hanya dari segi barangan keperluan tetapi bantuan yang boleh memberi nilai tambah kepada penerima seperti akaun SSPN-I.

“Sebab itu kita memberikan sumbangan membuka akaun SSPN-I dan berharap sumbangan seperti ini menggalakk­an mereka menabung untuk bagi melanjutka­n pengajian pada masa depan.

“Kita turut memberi perkhidmat­an kesihatan percuma dengan membawa pegawai perubatan dan ini bermakna bantuan kebajikan ini bersifat menyeluruh serta fokus kepada sasarannya,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Chemomoi, Nor Hizam Ahmad, 37, berterima kasih kepada BIKUM kerana memberi bantuan akaun SSPN-I kepada anaknya untuk melanjutka­n pengajian pada masa depan.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Shamsul Anuar (lima dari kiri depan) dan Khairudin (tiga dari kiri) bersama kanak-kanak yang dibantu membuka akaun pada majlis program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Kampung Cemomoi Bentong, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Shamsul Anuar (lima dari kiri depan) dan Khairudin (tiga dari kiri) bersama kanak-kanak yang dibantu membuka akaun pada majlis program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Kampung Cemomoi Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia