Berita Harian

KESELAMATA­N SIBER

Kerjaya dalam industri jana pendapatan lumayan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Keselamata­n siber adalah antara bidang pekerjaan yang boleh menjamin pendapatan amat lumayan kerana terdapat permintaan yang tinggi selain kekurangan pakar di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Across Security Sdn Bhd, Wan Roshaimi Wan Abdullah, berkata keperluan yang dianggap kritikal dalam pelbagai lapangan berikutan pendedahan berskala besar teknologi masa kini menyaksika­n pakar keselamata­n siber amat diperlukan.

“Banyak sektor ekonomi yang amat kritikal termasuk kewangan; minyak dan gas (O&G) serta pentadbira­n kerajaan memerlukan pakar keselamata­n siber yang bertindak bukan saja penasihat, malah menjaga kepentinga­n data penting supaya tidak digodam.

“Tidak dinafikan banyak permintaan kepada pakar keselamata­n siber ketika ini, tetapi bukan saja negara kita, malah pada peringkat global juga berdepan dengan kekurangan modal insan dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui BH di Petaling Jaya, barubaru ini.

Model contoh

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang keselamata­n siber adalah antara pakar industri dipilih oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) sebagai model contoh atau dipanggil ‘Kapten’ bagi Program Kerjaya Berpendapa­tan Tinggi (SHIP).

Program SHIP dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang memberi penekanan kepada tiga bidang utama iaitu kedoktoran, sains aktuari dan keselamata­n siber, bagi membolehka­n golongan belia mendapat inspirasi menceburi bidang berpendapa­tan amat lumayan.

Mengulas program itu, Wan Roshaimi berkata, adalah belum terlambat untuk kerajaan memberi tumpuan khusus dalam pembanguna­n modal insan atau pakar dalam bidang keselamata­n siber seterusnya menawarkan kerjaya dengan pendapatan tinggi melebihi RM20,000 sebulan.

SHIP angkah tepat

“SHIP adalah langkah yang sangat tepat terutama fokusnya kepada keselamata­n siber sebagaiman­a juga dengan dua bidang kritikal lain.

“Pembanguna­n modal insan yang digarap kerajaan ini masih belum terlambat kerana kita sedang berada dalam era di mana teknologi menguasai segenap kehidupan.

“Ia juga sangat bertepatan kerana kerajaan juga amat komited dengan keselamata­n siber di mana kita juga memiliki polisi berkaitan selain penubuhan Cybersecur­ity Malaysia,” katanya.

SHIP akan dijalankan secara berperingk­at mulai akhir bulan ini, di mana seramai 50 penerima dalam bidang kedoktoran, sains aktuari dan keselamata­n siber menerima faedah pertama.

Tahun depan, penambahan dua lagi bidang bakal dikenal pasti untuk dimanfaatk­an oleh 250 penerima faedah.

Secara keseluruha­n, seramai 300 penerima faedah disasarkan akan mendapat manfaat daripada program ini sehingga 2019.

Tidak dinafikan banyak permintaan kepada pakar keselamata­n siber ketika ini” Wan Roshaimi Wan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Across Security

 ??  ??
 ??  ?? Pakar keselamata­n siber yang bertindak bukan saja penasihat, malah menjaga kepentinga­n data penting supaya tidak digodam.
Pakar keselamata­n siber yang bertindak bukan saja penasihat, malah menjaga kepentinga­n data penting supaya tidak digodam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia