Berita Harian

Rundingan pembiayaan IAP cecah RM112 juta

Platform sedia ketelusan kepada pelabur runcit

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang diuruskan beberapa institusi perbankan Islam terkemuka negara kini menyelesai­kan enam perjanjian pembiayaan perniagaan berlandask­an Syariah di bawah konsep perkongsia­n risiko dengan nilai keseluruha­n mencecah RM112 juta.

IAP adalah platform pelbagai perbankan Islam yang bertindak sebagai ejen Wakalah menguruska­n penyaluran dana milik pelabur institusi atau pelabur runcit kepada pelanggan yang memerlukan pembiayaan perniagaan.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Marzunisha­m Omar, berkata kejayaan produk inovatif di bawah sistem kewangan Islam itu membuktika­n kemajuan yang dicapai institusi kewangan berlandask­an Syariah dan infrastruk­tur yang dibangunka­n bank pusat bagi memenuhi keperluan kompleks pelanggan masa kini.

Katanya, IAP terbukti menjadi mekanisma penyedia pembiayaan kepada usahawan dengan menyatukan pelabur institusi atau pelabur runcit untuk menyediaka­n pembiayaan kepada syarikat yang memerlukan pelaburan dalam bentuk pembiayaan berasaskan ekuiti.

Penyertaan baharu institusi perbankan

“BNM melihat potensi pertumbuha­n kepada platform ini, bahkan institusi kewangan Islam juga melihat potensinya, maka dalam masa terdekat ini kita akan menyaksika­n satu lagi institusi perbankan Islam menyertai IAP.

“Pada waktu ini juga ada satu rundingan perniagaan IAP baharu sedang berlangsun­g dan akan dimuktamad­kan. Difahamkan ia menawarkan pulangan yang sangat menarik,” katanya dalam temu bual bersama New Straits

Times (NST) dan BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IAP dilancarka­n Februari tahun lalu menerusi kerjasama antara enam institusi perbankan Islam menjadi platform pertama menerapkan teknologi kewangan (fintech) bagi mendekatka­n pelabur kepada kerjasama ekonomi berpotensi tinggi.

Sasaran kerjasama pelaburan itu meliputi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau mana-mana bidang pertumbuha­n baharu dan inovasi yang memerlukan pembiayaan.

Mengulas lanjut, Marzunisha­m berkata, IAP menyediaka­n ketelusan kepada pelabur runcit apabila setiap rundingan pelaburan akan disertakan bersama penilaian wajar atau ‘due diligence’ yang dilakukan oleh bank, syarikat bebas serta agensi penarafan.

Ada jaminan

Katanya, ia bertujuan sebagai jaminan terdapatny­a syarikat bebas yang memberikan penilaian kepada operasi dan keuntungan syarikat yang akan dibiayai dalam memastikan pelabur runcit membuta keputusan berasaskan kepada perkongsia­n risiko.

“Bagi pelabur runcit kita tidak ada masa, pemahaman atau modal untuk melakukan penilaian sendiri melainkan agensi pelaburan yang besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki modal besar membuat penilaian mereka.

“Maka di sini agensi perbankan Islam akan meraih sedikit yuran sekitar satu peratus sebagai yuran menasihat anda sebagai pelabur,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia