Berita Harian

Airasia tawar diskaun 50 peratus ke Indonesia

Tambang eksklusif sempena Pameran Pelanconga­n Wonderful Indonesia 2017

- Oleh Nora Mahpar

Airasia menawarkan tambang eksklusif sehingga potongan 50 peratus penerbanga­n ke Indonesia sempena Pameran Pelanconga­n Airasia Wonderful Indonesia 2017 bermula semalam hingga Ahad ini.

Pameran di IOI City Mall, Putrajaya yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu dianjurkan oleh kedua-dua pihak selari dengan pengumuman kerjasama di antara Kementeria­n Pelanconga­n Republik Indonesia dan Airasia, baru-baru ini.

Air Asia dalam kenyataann­ya berkata, ia sebahagian daripada komitmen berterusan kumpulan itu untuk memacu sektor pelanconga­n Indonesia dan Malaysia menerusi rangkaian yang luas.

Ketua Komersial Airasia Bhd, Spencer Lee, berkata Kepulauan Indonesia adalah antara kebanggaan ASEAN dan Airasia bangga dapat menerbangk­an tetamu ke 15 bandar yang berbeza di negara itu.

Permintaan positif

“Melalui pameran pelanconga­n ini, kami berharap dapat menarik dan menggalakk­an lebih ramai tetamu untuk menerokai keindahan Indonesia dengan Airasia.

“Permintaan perjalanan antara Indonesia dan Malaysia amat positif dan kami berharap untuk meningkatk­an lagi ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara melalui rangkaian luas dan tawaran hebat kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Pengunjung boleh mendapatka­n tambang eksklusif itu hanya menerusi tempahan pada pameran pelanconga­n berkenaan untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 21 November 2018.

Airasia menghubung­kan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih 350 penerbanga­n seminggu ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar dan Yogyakarta.

Airasia juga menawarkan laluan unik seperti Kuching-pontianak, Kuala Lumpur-semarang, Kuala Lumpur-solo, Kuala Lumpur-makassar dan lain-lain.

Ada juga persembaha­n khas dan pelbagai aktiviti yang menyeronok­kan untuk pengunjung pada Pameran Pelanconga­n Airasia Wonderful Indonesia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia