Berita Harian

KSL REALTY

Tawar pembeli ‘konsep sewa beli’ di Bandar Bestari

- Oleh Nurhayati Abllah

Khoo Soon Lee (KSL) Realty Sdn Bhd, syarikat pemaju hartanah melancarka­n konsep sewa beli ‘Rent Now Buy Later’ bagi pembanguna­n hartanahny­a yang terletak di Bandar Bestari, Klang.

Menerusi konsep sewa beli itu, pembeli boleh memilih untuk menyewa unit berintegra­si tinggi komersial tiga tingkat di Commercial City atau perumahan bertanah jenis Semi-d yang dikenali sebagai Clermont, Argentine dan Pervence bagi tempoh satu tahun.

Wang sewaan itu seterusnya akan dijadikan wang deposit bagi pembelian hartanah yang mana membolehka­n penyewa untuk menjadi pemilik hartanah berkenaan.

KSL menerusi kenyataann­ya berkata, konsep sewa beli itu ditawarkan selepas kajian secara rambang dilakukan dalam pasaran hartanah, selain ingin meningkatk­an jumlah pemilikan hartanah menjelang 2020.

“Bagi unit di Commercial City, KSL menawarkan keluasan antara 4,600 hingga 8,500 meter persegi dengan harga serendah RM1.9 juta.

“Manakala rumah jenis Semi-d pula dijual pada harga bermula RM1.5 juta dengan keluasan 3,400 hingga 5,000 meter persegi,” katanya menerusi kenyataan di Klang, baru-baru ini.

Prospek lokasi menguntung­kan

Mengulas mengenai lokasi pembanguna­n Bandar Bestari, jurucakap KSL Realty Sdn Bhd mendefinis­ikan ia sebagai prospek lokasi menguntung­kan berdasarka­n beberapa faktor seperti mempunyai kepadatan penduduk yang baik dan terancang, mudah akses ke lebuh raya utama seperti SKVE, KESAS dan Lebuh Raya Persekutua­n

“Kawasan itu juga mempu nyai kemudahan pengangku tan awam seperti transit aliran ringan (LRT) Johan Setia yang akan beroperasi dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

KSL, ikut kehendak pasaran

Menurutnya, pada masa ini ada banyak permintaan terha dap hartanah yang mempunyai kelengkapa­n maksimum, selain mempunyai akses mudah ke pel bagai tempat.

“KSL sentiasa mengikut kehen dak pasaran dengan memban gunkan projek hartanah yang mempunyai ciri serba lengkap seperti Bandar Bestari sejajar dengan situasi pasaran.

“Meskipun berdepan dengan ekonomi yang mencabar, KSL per caya Bandar Bestari bakal men jadi bandar idaman setiap kelu arga apabila siap sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? Illustrasi jenis kediaman semi-d yang menawarkan konsep sewa beli bagi tempoh setahun oleh KSL di Bandar Bestari.
Illustrasi jenis kediaman semi-d yang menawarkan konsep sewa beli bagi tempoh setahun oleh KSL di Bandar Bestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia