Berita Harian

Cerita utama

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Linangan air mata yang bertali arus gugur jelas menterjema­hkan kekesalan Nur Fathia Abdul Latiff yang kembali terpalit dalam belenggu kontrovers­i. Terlalu berat kenyataan itu untuk diterima, namun baginya, lebih baik bersikap jujur daripada berterusan hidup berpurapur­a.

Akur dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Fathia, 30, sentiasa berusaha memperbaik­i kelemahan diri. Dalam perjalanan itu, pasti akan ada onak dan duri yang terpaksa ditempuhi.

Fathia mengakui, garagara tersilap melakukan percaturan, namanya kem bali terpalit dalam isu yang cukup memalukan. Sambil merenung jauh, seolaholah satu persatu kekhilafan­nya kembali diputarkan di layar, Fathia berkata, selama ini dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri.

Anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu hanya ingin menikmati hidup bebas tanpa kongkongan. Fathia mahu mencorakka­n sendiri hidup mengikut acuan yang dimahukann­ya dan bukan tunduk mengikut telunjuk masyarakat.

Akui kesilapan

“Saya lupa, sebagai selebriti sebahagian daripada diri ini menjadi milik masyarakat. Dalam bergembira, saya terlupa batasan hingga terjerat dalam kontrovers­i. Saya akur dengan kesilapan diri kerana saya bukan insan sempurna.

“Untuk apa saya terus membohongi diri dan menipu masyarakat, sedangkan segalagala­nya tidak mampu disembunyi­kan lagi. Lebih baik saya berlaku jujur dan mengakui kesilapan, meskipun perit untuk saya memikul kesannya,” katanya.

Biar berulang kali memohon maaf sejak isu video menerusi aplikasi Bigo Live yang dibuat pelakon baharu, Natasha Elyzza yang memaparkan dirinya sedang menari hingga mendedahka­n sebahagian payudarany­a tular, Jumaat lalu, Fathia akur, ia tidak memadai untuk membersihk­an maruah dan nama baiknya yang tercalar.

Pernah cuba menafikan dan berdolakda­lik ketika masyarakat menagih kepastian, pelakon kacukan Melayu, Indonesia serta Arab itu tidak mampu menahan diri daripada berlaku jujur.

“Saya tidak kisah jika berterusan dipersalah­kan dan dikecam. Tetapi, apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu. Saya tahu ibu begitu kecewa tetapi semuanya sudah berlaku.

“Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya. Alhamdulil­lah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakan­gkan saya. Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar,” katanya.

Pasrah rezeki lakonan terhenti

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama

itu akur, perbu atannya itu sukar diterima ramai apatah lagi, dia membawa imej sebagai wanita bertudung. Berulang kali Fathia menegaskan, tidak pernah terlintas di sudut hatinya untuk menjatuhka­n maruah wanita bertudung.

Fathia berkata, pada mulanya, dia menyangka ia hanya rakaman yang dibuat untuk simpanan peribadi.

Sebaik mendapat tahu video itu tersebar dan perlakuan tidak senonohnya menjadi tatapan ramai, Fathia tergamam dan kehilangan katakata.

“Saya terduduk apabila mendapat tahu video itu tersebar. Secara logik, tidak mungkin saya sanggup menggadaik­an maruah dan memalukan diri dengan membiarkan aksi tidak senonoh menjadi tontonan ramai.

“Saya teramat malu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Apa juga yang saya buat, tidak mampu memutarkan kembali masa. Saya menyesal dan hanya mampu memohon maaf” katanya.

Ketika berdepan episod yang cukup memalukan itu, ketabahan Fathia sekali lagi diuji apabila namanya digugurkan daripada produksi drama ekoran masalah disiplin.

Bagi pelakon yang turut menyerlah menerusi drama

dan dia menyerahka­n masa depannya dalam dunia lakonan kepada ketentuan Allah.

“Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis. Jika ditakdirka­n perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah,” katanya.

 ??  ?? Ariana Rose La Luna Pelan Cinta Tak Jadi Isteri Luar Biasa, Dia
Ariana Rose La Luna Pelan Cinta Tak Jadi Isteri Luar Biasa, Dia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia