Tidak anggap diri dianiaya
insiden yang mencalar reputasinya itu, Fathia berkata, video itu dibuat ketika dia bersama Natasha dan beberapa teman wanita lain menyewa sebuah villa di ibu kota untuk bersantai serta melepaskan lelah.
Fathia berkata, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mencari ruang menghabiskan masa bersama selepas terikat dengan kesibukan jadual kerja. Dia juga tahu, Natasha memang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit dan gemar merakamkan video untuk kenangan.
“Saya tidak menyalahkan Natasha apabila perkara ini terjadi. Ramai menganggap saya dianiaya dan dikhianati Natasha, malah beberapa teman rapat saya turut menyerangnya. Salah saya juga kerana tidak menjaga diri.
“Natasha sudah memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Tiada guna saya memanjangkan perkara yang sudah berlaku. Saya hanya mampu menasihatkannya supaya berhatihati dan tidak mengulangi kesilapan ini.
“Kami masih berkawan dan selepas apa yang berlaku, Natasha tetap mengambil berat dan bertanya perkembangan diri,” katanya.
Usah terus beri tekanan
Meskipun dikecam teruk, Fathia berkata, selagi Allah memegang hatinya, dia akan terus bertudung. Akur dirinya masih belum sempurna, Fathia tidak pernah jemu memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam mencari kehidupan yang diredai.
“Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri,” katanya.
Ketika ini, Fathia ber kata, segala tekanan yang dilaluinya beransur pergi apabila semua pertanyaan yang membelenggu ramai sudah terjawab.
Fathia juga memohon masyarakat supaya tidak terus memberinya tekanan kerana dia juga berhak memperbetulkan diri.
“Saya hanya mahu berehat dan mencari semula kekuatan diri yang hilang. Saya tidak lagi tertekan, malah sudah boleh mengawal perasaan dan emosi.
Saya mahu kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaannya.
“Saya tahu ini adalah ujian berat, tetapi pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana saya yakin dengan kekuasaannya apabila ditimpa musibah yang cukup hebat. Saya cuma mengharapkan doa yang baik daripada semua supaya terus istiqamah dengan perubahan ini,” katanya.