Berita Harian

Matang seiring usia

-

dapati ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki, membuatkan kami tergerak hati untuk merakamkan­nya dalam versi baharu,” katanya.

Pada masa sama, Sam berkata, juga menjadi percubaan pertama Bunkface merakamkan lagu di studio milik mereka, BF Rockstatio­n.

“Ia juga menjadi strategi kami untuk mempromosi­kan BF Rockstatio­n. Jika percubaan mengetenga­hkan single ini berhasil, kualiti yang ditampilka­n itu pasti menarik perhatian ramai untuk menggunaka­n khidmat di studio ini.

“Sebelum ini, kami hanya menggunaka­n studio sebagai lokasi untuk berlatih, tetapi ia dipertingk­atkan sebagai studio rakaman,” katanya yang menyifatka­n usaha itu sebagai langkah memperkasa­kan lagi jenama Bunkface.

dengan lagu Situasi, Darah Muda, Panik dan Revolusi, Bunkface berkata, mereka perlu berani mengetenga­hkan pembaharua­n supaya tampil segar seiring usia. Melihat perkembang­an industri muzik yang jauh berbeza, mereka juga harus bergerak seiring supaya tidak terpinggir.

“Kami tetap Bunkface yang sama, cuma pendekatan dari segi muzik berbeza kerana ia perlu selari dengan usia. Dulu, kami masih muda, jadi sesuai untuk tampil agresif. Selepas masing-masing dikurniaka­n cahaya mata, kami perlu mencari kematangan,” kata Paan mengenai perjalanan kumpulan yang bertapak sejak 2006.

Mengorak langkah lebih serius, Bunkface juga berhasrat untuk mencari anak didik sebagai penyambung legasi. Sudah mempunyai beberapa nama yang bersesuaia­n, namun perancanga­n itu tidak dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat kerana mereka perlu memberi fokus kepada pengukuhan jenama Bunkface.

“Proses itu mengambil sedikit masa kerana kami masih sibuk dengan perancanga­n Bunkface. Akhir tahun ini, kami akan tampil dengan konsert Bunkface X Live In KL sempena 10 tahun penubuhan. Kami akan mengetenga­hkan pembaharua­n, terutama dari segi stail dan bunyian,” kata Paan.

 ??  ?? Kembalii Bunkface bakal tampil dengan konsert rai 10 tahun penubuhan.
Kembalii Bunkface bakal tampil dengan konsert rai 10 tahun penubuhan.
 ??  ?? Paan
Paan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia