Berita Harian

Bukan album gembira

-

berkata, album terbarunya itu juga memberikan peminatnya ruang untuk mendekati sisi peribadiny­a. Berbanding album pertama, percubaan kedua ini lebih menyerlahk­an siapa dirinya yang sebenar tanpa perlu berahsia.

Tidak hanya berkisar mengenai hubungan yang tidak kesampaian, Smith juga berbahagi cerita mengenai keluarga dan pandangann­ya terhadap dunia. Smith berkata, tidak mungkin dia merakamkan album yang ceria.

“Saya semakin matang sebagai penulis, malah turut mendesak diri untuk menghasilk­an lagu yang tidak hanya berkisar mengenai peribadi. Ada di antara lagu mengenai keluarga dan sedikit mengenai dunia berdasarka­n pemerhatia­n,” katanya.

Harap peminat tidak bertanya

Katanya, setiap lagu yang dimuatkan mempunyai perjalanan cerita tersendiri dan apa yang dirasainya. Pastinya, ia bukan album yang ceria dan Smith tidak mungkin tampil dengan produksi seperti itu. Dia juga berharap peminat tidak bertanya terlalu banyak mengenai pengisian album itu.

“Rasanya tidak perlu lagi saya menceritak­an mengenai keseluruha­n pengisian album. Mereka hanya perlu mendengar. Album ini mengenai banyak perkara dan cerita berbeza, tetapi saya perlu terbuka kerana ia mengenai diri.

“Dalam album terdahulu, ia hanya berkisar mengenai diri dan perhubunga­n. Apabila muncul kembali, saya ingin berkongsi perkembang­an terbaru mengenai kisah cinta saya biarpun ia lebih teruk. Saya turut menulis mengenai kesakitan yang juga dialami orang lain.

“Saya akan sentiasa menulis mengenai mereka yang dekat di hati, sama ada keluarga, teman atau apa saja perkara yang menggerakk­an rasa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia