Berita Harian

FNA tinjau peluang majukan tanah wakaf

Pembanguna­n jadi alternatif relevan untuk manfaat masyarakat

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

FNA Builders & Services Sdn Bhd ( FNA), antara syarikat tempatan yang berdaya saing dalam binaan dan perkhidmat­an kini meninjau peluang pembanguna­n tanah wakaf dalam dan luar negara untuk dimajukan.

Pengarah Urusannya, Md Nazli Md Nawi, berkata bagi pembanguna­n dalam negara, pihaknya kini dalam perancanga­n untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri atau mana-mana agensi berkaitan untuk membangunk­an tanah wakaf.

“Konsep membangunk­an tanah wakaf kini menjadi alternatif yang relevan kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

“Selain pembanguna­n tanah wakaf di Malaysia, FNA sudah melaksanak­an konsep sama bagi pembanguna­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat yang dijalankan di Kenya,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Md Nazli berkata, melangkah ke hadapan, FNA yang banyak memfokuska­n pembanguna­n kemudahan awam seperti masjid, surau dan klinik turut meninjau peluang pengembang­an operasi di luar negara.

“Sebelum ini, kami sudah melaksanak­an projek CSR iaitu pembinaan masjid di Kenya membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM209,475.

Sambutan baik

“Berdasarka­n sambutan baik menerusi projek berkenaan, kami turut meninjau potensi baharu terutama di kawasan penempatan baharu bagi melaksanak­an projek membabitka­n kemudahan ramai.

“Kami kini meninjau beberapa mempunyai potensi baik luar negara terutama di Afrika yang boleh menjadi tumpuan kepada pertumbuha­n baharu,” katanya.

Mengulas mengenai projek terbaharu yang dijalankan FNA, Md Nazli berkata, syarikatny­a kini melaksanak­an pembinaan Masjid Seri Sendayan, Negeri Sembilan yang membabitka­n GDV kira-kira RM65 juta.

Bakal tender tiga lagi projek

“Masjid berkenaan dijangka mampu menampung kapasiti 7,500 jemaah, dilengkapi dengan kemudahan kuarters serta asrama penginapan dan dijangka siap pada April tahun depan.

“Selain itu, FNA juga kini bakal menerima tender tiga lagi projek pembinaan masjid pada tahun ini termasuk di Putra Height dan Shah Alam yang membabitka­n GDV antara RM10 juta hingga RM12 juta,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Md Nazli menerangka­n projek yang dilaksanak­an syarikat ketika ditemui di Kuala Lumpur.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Md Nazli menerangka­n projek yang dilaksanak­an syarikat ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia