Berita Harian

Sambutan iphone 8 di Asia hambar

Ulasan kurang menarik jadi punca

-

Sydney/tokyo

PRatusan pembeli kebiasaann­ya berkumpul di gedung Apple Sydney dengan barisan terbentuk di jalan utama bandar itu, George Street apabila terdapat pelancaran produk baharu.

Namun, terdapat kurang 30 orang berbaris sebelum gedung itu dibuka semalam, menurut saksi Reuters.

Walaupun jumlah pembeli yang beratur di luar gedung Apple merosot sejak beberapa tahun lalu dengan ramai memilih membeli secara dalam talian, sambutan lemah terhadap iphone terbaru sebahagian­nya adalah disebabkan ulasan yang kurang menarik. Mazen Kourouche, yang menjadi orang pertama dalam barisan selepas beratur 11 hari di luar gedung supaya beliau boleh membeli dan membuat ulasan produk di Youtube, berkata terdapat penambahba­ikan yang sederhana sahaja.

“(Ia) hampir sama dengan iphone 7, namun dapat merakam 60 bingkai sesaat dan mempunyai kaca baharu di belakang berbanding logam, yang menjadikan­nya lebih tahan lama,“katanya kepada Reuters.

“Tidak ada banyak ciri baharu pada model ini.”

Ulasan negatif

Di China, pelanggan setia Apple berkata, kamera yang bertambah baik adalah antara sebab beliau membeli peralatan baharu berkenaan.

“Saya menunggu sehingga tengah malam untuk menyaksika­n acara pelancaran bersama teman lelaki bagi mengetahui apa yang baharu dengan iphone ini. Fungsi fotografin­ya agak bagus. Jadi, saya rasa perlu menukarnya tanpa ragu lagi,” kata Ta Na, 29, di Shanghai.

Perhatian terhadap iphone dan iphone X di platform media popular China, Weibo adalah kurang berbanding seperti yang disaksikan dalam dua pelancaran sebelum ini.

Ulasan buruk terhadap iphone 8, yang dilancarka­n 10 tahun selepas Apple mengeluark­an versi pertama telefon revolusi itu, menyebabka­n saham syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan AS$152.75 pada Khamis, apabila pelabur bimbang pra-tempahan bagi peralatan itu jauh berada di bawah pelancaran terdahulu.

Hanya versi baharu

iphone 8 hanya disasarkan kepada mereka yang mahukan versi baharu, namun tidak mahu membayar sehingga AS$999 bagi iphone X, kata Pengarang Teknologi itwire. com, Alex Zaharov-reutt, yang tidak beratur semasa pelancaran berkenaan.

iphone X adalah peralatan kaca dan keluli tahan karat dengan paparan hujung ke hujung yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sebagai lonjakan terbesar ke hadapan sejak iphone pertama.

“Saya rasa ia menjadi lebih menarik dengan lebih ramai orang menunggu iphone X,” kata Ray Yokoyama, selepas membeli iphone 8 di Tokyo.

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Pelanggan melihat iphone 8 di Apple Store Shanghai, China sempena pelancaran model itu, semalam.
[ FOTO REUTERS] Pelanggan melihat iphone 8 di Apple Store Shanghai, China sempena pelancaran model itu, semalam.
 ??  ?? Model iphone 8
Model iphone 8
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia