Pewaris L’oreal meninggal usia 94 tahun
Ahli perniagaan Perancis dan bilionair, Liliane Bettencourt, keluarga pengasas dan masih memiliki pegangan besar dalam gergasi kosmetik itu, meninggal dunia pada usia 94 tahun, kata anak perempuannya kelmarin.
Bettencourt, disenarai Forbes sebagai wanita terkaya dunia, adalah pewaris syarikat kecantikan dan kosmetik diasaskan bapanya yang membuat pewarna rambut lebih sekurun lalu.
Kematiannya membuka fasa baharu buat syarikat keempat terbesar di Perancis, mengubah hubungannya dengan pemegang saham utama, Nestle, syarikat makanan Switzerland.
Bettencourt dan keluarganya memiliki pegangan 33 peratus dalam syarikat. Anak perempuannya, Françoise Bettencourtmeyers, berada dalam lembaga pengarah bersama anak lelakinya berkata dalam satu kenyataan, keluarga itu kekal komited dalam syarikat dan pasukan pengurusan.
“Ibu saya pergi dalam keadaan tenang. Saya mahu mengulangi, bagi pihak keluarga, komitmen dan kesetiaan kami terhadap dan memperbaharui keyakinan saya kepada Presiden Jean-paul Agon dan pasukannya di seluruh dunia,” katanya memaklumkan, ibunya meninggal dunia malam Rabu lalu di rumahnya di sini.
Pada 2011, Agon dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif
pemilik jenama kecantikan dan mekap dan serta syampu
Nestle, memiliki 23 peratus L’oreal, bersetuju dengan keluarga pengasas itu, kedua-dua pihak tidak boleh menambah pemilikan mereka ketika Liliane Bettencourt masih hidup dan sekurang-kurangnya enam bulan selepas kematiannya.
Tak gemar publisiti
Syarikat Switzerland itu menjadi pelabur utama sejak 1974 apabila Bettencourt menyerahkan hampir separuh pemilikannya dalam firma itu kepada Nestle sebagai pertukaran tiga peratus pegangan dalam syarikatnya.
Beliau membuat tindakan itu bimbang L’oreal mungkin dijadikan syarikat kerajaan jika Sosialis berkuasa di Perancis.
Minat terhadap kekayaan Bettencourt, hubungan rumit keluarga dan kehidupan dipenuhi skandal sering kali memenuhi tajuk berita, walaupun mendiang tidak gemar publisiti dan jarang memberi temuramah. Suami, Anak,
Cucu, Nilai