Berita Harian

The Foxes bakal benam The Reds lagi?

-

Kelmarin, Jurgen Klopp menepis tanggapan betapa Liverpool tidak berdepan krisis selepas mencatatka­n permulaan buruk awal musim ini dan sebaliknya menyifatka­n situasi itu hanya sementara.

Penulis tidak hairan dengan kenyataan dibuat oleh pengendali The Reds itu, selepas kelabnya menerima banyak kecaman daripada banyak pihak menerusi pelbagai platform media sosial khususnya penyokong setia mereka di seluruh dunia.

Pertengaha­n minggu ini, Liverpool berdepan nasib malang apabila disingkir oleh Leicester

City dalam saingan Piala Liga atau Piala Carabao, sekali gus menyaksika­n mereka gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Pasukan itu hanya mampu mencatat dua seri selain dua kalah. Mereka dibelasah 5-0 oleh Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris

(EPL) dua minggu lalu, sebelum diikat oleh Sevilla pada aksi Liga Juara-juara dan Burnley (EPL).

Minggu ini, Klopp berkunjung ke Stadium King Power buat kali kedua dalam aksi keenam

EPL. Sudah pasti dia dan anak buahnya ingin menebus kekalahan Khamis lalu dan sekali gus ingin mengembali­kan kepercayaa­n semua pihak terbabit.

Persoalann­ya, mampukah Liverpool mencipta kebangkita­n di laman lawan ketika tuan rumah sendiri sudah mendapat tonik untuk mencipta satu lagi kejutan dalam usaha memperbaik­i kedudukan di tangga ke-15 dalam carta EPL ?

Inilah yang menarik untuk kita saksikan pada tengah malam ini waktu Malaysia ketika penyokong mereka di seluruh dunia termasuk Malaysia turut tertekan selepas teruk menjadi bahan ejekan penyokong pasukan lain.

Dalam pada itu, dua pasukan berjiran di Manchester Manchester City dan Manchester United yang ketika ini berkongsi kedudukan sebagai pendahulu liga dijangka berdepan situasi berbeza minggu ini.

City bakal menerima kunjungan Crystal Palace manakala United berkunjung ke laman Southampto­n. Minggu lalu, barisan Pep Guardiola membelasah Watford, 6-0 manakala United membenam Everton, 4-0.

Dengan kedua-dua pasukan menghimpun jumlah mata sama iaitu selain jaringan dan bolos serupa untuk mendominas­i carta, penulis melihat peluang City untuk menang ke atas Palace adalah lebih cerah berbanding United.

Penulis percaya, baik Guardiola atau Jose Mourinho sudah pasti memiliki strategi sendiri untuk memastikan tiga mata menjadi milik kelab mereka di penghujung saingan tatkala keduaduany­a ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Liga.

Palace ketika ini adalah pasukan tunggal yang tidak memperoleh sebarang mata dan menjaring gol serta menghuni tangga terbawah liga selepas lima perlawanan yang dilihat sebagai kelebihan besar buat The Citizens.

Sementara itu, penyandang juara, Chelsea harus tiada masalah untuk mengecewak­an Stoke City apabila berkunjung ke laman lawannya.

Begitu juga Arsenal yang kembali mendapat motivasi selepas mengikat Chelsea di Stamford Bridge minggu lalu dan mengetepik­an Doncaster saingan Piala Liga apabila menanti kehadiran West Brom di Emirates pada awal pagi Selasa.

Namun Tottenham Hotspur dijangka berdepan kesukaran berdepan West Ham pada aksi pertama minggu ini. Selamat menonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia