Berita Harian

Ada syarat ambil import kelima

Hanya pasukan berkemampu­an boleh beli pemain: Kevin

- Oleh Syafiq Aznan

Perkongsia­n er had Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yakin kemasukan pemain import kelima daripada benua Asia Tenggara tidak menambah beban kewangan pasukan yang mahu menggunaka­n khidmat pemain itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata ini, berikutan purata gaji pemain daripada rantau ini tidak terlalu tinggi, malah hampir menyamai gaji yang diterima oleh pemain tempatan yang berstatus bintang.

Bagaimanap­un, Kevin me

pihaknya tetap akan menilai terlebih dulu kedudukan kewangan pasukan masingmasi­ng bagi memastikan mereka benar-benar berkemampu­an sebelum membenarka­n pasukan mendaftark­an pemain import kelima.

“Saya melihat kemasukan pemain import ini tidak menambah beban kewangan kerana purata gaji untuk pemain import daripada Asia Tenggara agak setara dengan gaji yang dibayar kepada pemain tempatan.

Cadangan permulaan

“Malah, berkemungk­inan gaji pemain tempatan yang lebih tinggi berbanding gaji pemain import kelima itu nanti. Namun, semuanya terpulang kepada pasukan masing-masing sama ada mahu menggunaka­n pemain import kelima ataupun tidak.

“Apapun, saya tidak boleh mengulas terlalu panjang kera na ia hanyalah cadangan di pe

permulaan tetapi jika ia dilaksanak­an nanti, FMLLP sudah pasti ada mekanisme tersendiri bagi mengawal pasukan daripada terlebih belanja,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

BH semalam melaporkan se dalam Liga Malaysia (Liga M) perlu bijak menguruska­n kewangan pasukan masingmasi­ng sebelum membuat keputusan mengambil pemain import kelima dari Asia Tenggara.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, pengambila­n pemain import kelima sudah pasti akan menambah bebanan kewangan kepada pasukan khususnya yang memiliki bajet terhad.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangk­an menambah satu lagi kuota untuk pemain import Asia Tenggara, namun pemain itu harus beraksi sekurang-kurangnya 30 perlawanan antarabang­sa bersama skuad kebangsaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia