Berita Harian

‘JDT belum selamat’

Pertahanan muda JDT sifatkan MU berbahaya, mampu buat kejutan

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pertahanan muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhd Fazly Mazlan menganggap pasukan itu belum lagi berada dalam situasi selamat untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia meskipun mendahului Melaka United, 4-1.

Katanya, kedudukan itu belum lagi menjamin Harimau Selatan kerana ada baki 90 minit lagi permainan harus ditempuh dan ia pasti lebih mencabar kerana lawan mereka itu sudah pasti akan turun habishabis­an.

Dia yang beraksi di posisi bek kiri berkata, rekod pertemuan JDT yang pernah menewaskan MU 7-0 pada aksi Liga Super, 9 April lalu, tidak boleh dijadikan ukuran kerana lawan mereka pasti tampil dengan corak berbeza.

JDT bakal menyambut kunjungan MU di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam esok.

“Berbekalka­n semangat menjuarai saingan liga empat musim berturut-turut dan empat gol yang dibawa dari Stadium Hang Jebat menjadi pendorong kepada kami untuk beraksi lebih mantap di laman sendiri dan sudah tentu kami tidak mahu lepaskan peluang memburu kemenangan.

Idam Piala Malaysia

“Kami inginkan satu lagi trofi dan saya sendiri mengidamka­n Piala Malaysia. Malah kata-kata semangat kapten (Safiq Rahim) ketika sambutan menjuarai liga di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Rabu lalu menyuntik lagi keazaman.

“Bagaimanap­un, kita kena waspada dengan corak permainan MU kerana pasukan itu tidak ada apa yang perlu dirisaukan, sebaliknya mereka boleh menjadi pemusnah jika kita leka dan memberi ruang,” katanya.

Muhd Fazly yang sinomin dengan panggilan BJ di kalangan rakan sepasukan mengakui barisan penyerang skuad kendalian Eduardo Almeida amat berbahaya kerana hampir separuh pemain pasukan itu adalah pemain baharu yang mampu memberi tekanan terhadap benteng Harimau Selatan.

Malah, katanya, kelibat Marko Simic harus diawasi selepas pemain itu berjaya menjaringk­an gol ketika aksi suku akhir pertama, selain kelicikan Jeon Woo-young yang menjadi perancang jentera tengah MU.

“Kami harus pertahanka­n kelebihan 4-1 dan saya optimis perancanga­n taktikal jurulatih (Ulisses Morais), lebih-lebih lagi apabila beraksi di depan penyokong sendiri,” kata Muhd Fazly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia