Berita Harian

PKNP yakin pertahan kelebihan gol

- Oleh Azizan Hashim dan Oleh Asrol Awang

Ipoh: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC akan berusaha mempertaha­n kelebihan 3-1 dimiliki apabila turun membuat perhitunga­n dengan FELDA United FC pada suku akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, esok.

Walaupun tidak beraksi di gelanggang pilihan seperti dijadualka­n, jurulatih Abu Bakar Fadzim yakin anak buahnya mampu mempertaha­n kelebihan mereka itu.

“Kami akan usahakan yang terbaik walaupun tidak mempunyai kelebihan selaku tuan rumah. Mungkin warga Perak di Lembah Klang akan hadir beramai-ramai untuk menyokong kami,” katanya.

Mengenai pertukaran gelanggang perlawanan, Abu Bakar berkata PKNP FC akur dengan arahan Perkongsia­n Terhad Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu.

FELDA yakin ada peluang

Pun begitu, ketika dia menerima keputusan itu, FMLLP bagaimanap­un dikecam netizen terutama penyokong PKNP FC yang kecewa kerana badan bertanggun­gjawab mengendali­kan Liga M itu tidak tegas dalam melaksanak­an peraturan dibuatnya.

Perlawanan itu sudah ditetapkan diadakan di Stadium Perak hari ini tetapi PKNP FC dinafikan hak beraksi di laman sendiri, sedangkan pasukan Perak dibenarkan beraksi di gelanggang yang sama pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, pemain tengah skuad The Fighters, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata, kelab itu tiada pilihan kecuali mempamerka­n aksi luar biasa jika mahu melangkah ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.

Katanya, kelebihan jaringan dimiliki PKNP yang mencatatka­n kemenangan 3-1 pada suku akhir pertama piala itu tidak bermakna misi kelab itu untuk mengisi empat slot terbaik sudah berakhir.

“Biarpun ia dilihat mustahil, tapi saya tetap percaya peluang FELDA United masih terbuka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia