Berita Harian

SUKAN PARA ASEAN LABUH TIRAI

Ahmad Zahid rasmi penutupan di Stadium Nasional malamtadi

- Oleh Helmi Talkah dan Mohd Khairie Khalid bhsukan@bh.com.my

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) bertemakan ‘Bangkit Bersama’ ditutup secara rasmi dalam majlis gemilang dan penuh bermakna di Bukit Jalil, dekat sini, malam tadi. Selepas berlangsun­g selama semi- nggu, Malaysia menamatkan saingan temasya ini di tempat kedua dengan kutipan 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa dengan 258 pingat secara keseluruha­n.

Kejuaraan keseluruha­n temasya kali ini menjadi milik Indonesia dengan himpunan 126 emas manakala penyandang juara dua tahun lalu, Thailand berpuas hati di tempat ketiga dengan mengumpul 68emas.

Perarakan kontinjen

Upacara penutup yang berlangsun­g di Stadium Nasional itu bermula dengan majlis mengalu-alukan tetamu jemputan dan ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis kemudian disambung dengan nyanyian lagu Negaraku dan pengumuman perarakan masuk kontinjen 11 negara yang mengambil bahagian serta bendera Persekutua­n Sukan Para ASEAN dan bendera edisi ke-9.

Saat paling menantikan penonton apabila maskot rasmi KL2017 dikenali sebagai Rimau berarak masuk mengetuai barisan atlet para yang mengambil bahagian.

Seterusnya majlis memberi penghormat­an kepada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia merangkap Naib Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pengelola Malaysia Kuala Lumpur 2017 dan Pengerusi Lembaga Pengelola Persekutua­n Sukan Para ASEAN, SM Nasaruddin SM Nasimuddin untuk menyampaik­anucapan.

Penonton turut diberi peluang mendengar ucapan daripada Presiden Persekutua­n Sukan Para ASEAN (APSF), Major Jeneral Osoth Bhavilai.

Ahmad Zahid kemudian mengisytih­arkan Para KL2017 ditutup secara rasmi.

Tumpuan penonton dan barisan tetamu kehormat kemudian terarah kepada obor temasya yang melambangk­an semangat kesukanan, hubungan sejagat serta semangat bangkit bersama - dipadamkan selepas seminggu dinyalakan sejak majlis perasmian pada 17 September lalu.

Majlis kemudianny­a memberikan penghormat­an kepada SM Nasaruddin menyerahka­n bendera temasya kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang kemudianny­a memberikan bendera itu kepada Osoth Bhavilai.

Bhavilai seterusnya menyerahka­n bendera itu kepada Presiden Jawatankua­sa Paralimpik Filipina, Michael Barredo selaku tuan rumah pada2019.

Upacara penutupan kemudian dimeriahka­n dengan persembaha­n penuh bertenaga daripada bintang antarabang­sa, Yuna yang menyanyika­n enam buah lagu iaitu Falling, Best Love, Lights & Camera, Terukir di Bintang, Crush dan Rescue.

 ??  ?? sukan Ikuti laporan sukan 20 halaman di dalam
sukan Ikuti laporan sukan 20 halaman di dalam
 ??  ?? Ahmad Zahid bersama Khairy Jamaluddin pada penutupan Sukan Para ASEAN KL2017
Ahmad Zahid bersama Khairy Jamaluddin pada penutupan Sukan Para ASEAN KL2017
 ??  ?? di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
 ??  ?? Yuna
Yuna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia