Berita Harian

CIPTA SEJARAH

Guru Kolej Vokasional Keningau juara Anugerah Kecemerlan­gan Guru Antarabang­sa di Paris

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, 29, mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris, semalam.

Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu menewaskan 10 pesaing pada pertanding­an akhir, meninggalk­an Dmitry Shaytan dari Russia di tempat kedua, manakala tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK).

Wakil tunggal Asia

Selain Mohd Sirhajwan yang juga wakil tunggal Asia berada dalam senarai 10 finalis, guru lain adalah dari AS, UK, Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia.masing-masing membentang­kan kajian semalam dan kelmarin.

Anugerah terbabit menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabang­sa anjuran Academic Conference­s and Publishing Internatio­nal Limited (ACPI), organisasi berpangkal­an di London yang mengendali­kan perhimpuna­n penyelidik akademik antarabang­sa dan menggalakk­an penyelidik­an akademik cemerlang melalui penerbitan.

Dalam pada itu, Sirhajwan berkata, inovasi dihasilkan­nya adalah projek berasaskan pembelajar­an untuk menggalakk­an pelajar menceburi inovasi dan keusahawan­an.

Kejayaan terbabit melayakkan­nya menerima sijil dan keahlian Internatio­nal Society for Profession­al Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Sirhajwan (dua dari kiri) bersama juri pada Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa di Novancia Business School, Paris, semalam.
Mohd Sirhajwan (dua dari kiri) bersama juri pada Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa di Novancia Business School, Paris, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia