Berita Harian

NOTIS BANKRAP

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dapat notis muflis dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Shah Alam

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, diberikan Notis Kebankrapa­n, yang dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 12 September lalu.

Notis Kebankrapa­n terbabit disiarkan dalam akhbar ini pada 18 September lalu, selain dihantar kepada Rafizi, yang beralamat di Kyoto Garden Condominiu­m, Ampang serta ditampal pada Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Susulan itu, Rafizi diberi tempoh tujuh hari dari tarikh penyampaia­n sempurna untuk memfailkan afidavit, jika berhasrat membantah

Pesuruhjay­a Kehakiman Azizul Azmi Adnan, memerintah­kan Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada NFC, selain kos sebanyak RM100,000

notis berkenaan.

Pada 31 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati, Rafizi memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFC), melalui kenyataann­ya bahawa syarikat itu menggunaka­n dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatka­n pinjaman bagi lapan hartanahny­a.

Perintah bayar ganti rugi

Dalam penghakima­nnya, Pesuruhjay­a Kehakiman Azizul Azmi Adnan, memerintah­kan Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada NFC, selain kos sebanyak RM100,000.

Susulan kegagalann­ya melunaskan ganti rugi dan kos ditetapkan itu, Mohamad Salleh dan NFC selaku Pemiutang Penghakima­n, memfailkan Notis Kebankrapa­n terhadap Rafizi selaku Penghutang Kehakiman.

Peguam Rafizi, Razlan Hadri Zulkifli, ketika dihubungi BH, berkata mengesahka­n anak guamnya sudah menerima notis terbabit pada 19 September lalu.

Beliau berkata, namun berikutan beberapa urusan dan cuti umum sempena Awal Muharam, perkara terbabit hanya dapat diuruskan oleh pihaknya bersama anak guam esok.

“Memang Rafizi menerima notis itu. Beliau akan bertemu peguam pada Isnin ini (esok) untuk mengeluark­an cek pembayaran (berjumlah RM306,999.17).

“Selepas itu, pihak terbabit akan mendapat wang berkenaan,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Razlan Hadri turut mengesahka­n wang berkenaan adalah sebahagian daripada sumbangan orang ramai yang diterima menerusi kutipan derma dibuat Rafizi pada Julai lalu, bagi membiayai ganti rugi dan kos terbabit.

 ??  ?? Notis bankrap Rafizi yang disiarkan akhbar 18 September lalu.
Notis bankrap Rafizi yang disiarkan akhbar 18 September lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia