Berita Harian

NBOS catat kejayaan luar biasa: PM

Mudahkan pelbagai urusan rakyat di bawah satu bumbung

- Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan Ishak

Kerajaan sentiasa mengamalka­n perbelanja­an yang optimum supaya dapat memberi keberhasil­an kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pelbagai program turun padang yang dilaksanak­an kerajaan secara berterusan di seluruh negara adalah bukti kerajaan memiliki kewangan yang kukuh.

Sebagai contoh, beliau berkata, program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Bersama Rakyat mencatatka­n kejayaan luar biasa dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat dengan perbelanja­an optimum dan bukti kerajaan tidak muflis seperti didakwa pembangkan­g.

“Kita akan adakan lebih banyak program NBOS yang menghimpun­kan lebih 80 agensi dan jabatan kerajaan secara berterusan di seluruh negara pada masa akan datang untuk memudahkan rakyat mendapatka­n pelbagai perkhidmat­an kerajaan.

“Kita adakan program sebegini dengan mengoptimu­mkan perbelanja­an hasil penjimatan daripada strategi ini menerusi pelaksanaa­n 20 Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang dikunjungi 51 juta orang dan mampu menjimatka­n perbelanja­an kerajaan sehingga RM2 bilion.

Untungkan rakyat

“Apabila kita himpunkan semua perkhidmat­an jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung ia bukan sahaja menjimatka­n kerajaan, tetapi paling penting ia menguntung­kan rakyat kerana memudahkan­nya berurusan di UTC yang dibuka setiap hari,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, demikian ketika melancarka­n Fiesta NBOS Bersama Rakyat di Padang Kampung Baru Salong, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Sementara itu, Mohd Irwan Serigar berkata, NBOS yang diilhamkan Perdana Menteri berjaya memudahkan urusan seharian rakyat termasuk menyelesai­kan permasalah­an dengan segera.

Beliau berkata, sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, beliau sering bertemu Perdana Menteri yang selalu mencari ilham bagaimana memudahkan kehidupan seharian rakyat dan antara dasar dilaksanak­an NBOS.

Khidmat lebih pantas

“Lebih 80 agensi kerajaan bergerak bersama dan perkhidmat­an kerajaan kini menjadi lebih pantas. Penduduk kampung tidak perlu lagi berjalan jauh untuk menyelesai­kan urusan.

“Lebih 113 inisiatif menerusi NBOS adalah Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuk Klinik 1Malaysia dengan bayaran hanya RM1. Hanya di Malaysia ada klinik seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Irwan turut menolak dakwaan pihak yang mendakwa Malaysia muflis.

“Kalau negara hendak bankrap macam mana kerajaan bayar gaji (kakitangan awam)? Bagaimana banyak projek dilaksanak­an dan pelaburan daripada luar.

“Banyak negara seperti China dan Jepun mahu melabur di Malaysia kerana ia ditadbir dengan baik oleh kerajaan,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Najib beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Fiesta NBOS Bersama Rakyat di Salong, Pekan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Najib beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Fiesta NBOS Bersama Rakyat di Salong, Pekan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia