Berita Harian

Malaysia gesa anggota OIC hulur bantuan

-

Kuala Lumpur: Malaysia mahu negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu menghulurk­an bantuan terhadap etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata tindakan keganasan terhadap etnik Rohingya di wilayah Rakhine, sejak 25 Ogos lalu semakin mencetuska­n kebimbanga­n.

Katanya, pelakuan di luar sempadan pemikiran yang mengorbank­an ribuan nyawa tidak berdosa itu mencetuska­n krisis kemanusiaa­n sehingga menyaksika­n lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri mencari perlindung­an di Bangladesh.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini memuji usaha mulia Bangladesh membantu masyarakat Rohingya susulan nasib yang menimpa etnik berkenaan,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama Mesyuarat Koordinasi Tahunan OIC di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Teks ucapan beliau juga dikeluarka­n di Kuala Lumpur.

Sasaran direkrut puak pelampau

Anifah berkata, pelarian Rohingya yang ketika ini dalam keadaan terdesak dijangka menjadi sasaran mudah untuk direkrut dan radikalisa­si puak pelampau jika kemelut di Myanmar tidak ditangani secara tuntas.

Sehubungan itu, Malaysia mendesak Myanmar menghentik­an siri keganasan yang meruncing di republik berkenaan, selain memberi laluan kepada misi kemanusiaa­n menghantar bantuan di wilayah berkaitan.

“Punca sebenar konflik ini wajar dikenal pasti jika kita ingin memperoleh penyelesai­an yang akan kekal selamanya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Anifah berkata, OIC tersohor di pentas antarabang­sa kerana mewakili suara 1.6 bilion masyarakat Islam di seluruh negara, namun adalah menyedihka­n apabila segelintir daripadany­a berada dalam kancah konflik.

Beliau berkata, situasi sedemikian dikhuatiri membuka ruang untuk Daesh menyelinap dan menyebarka­n ideologiny­a dengan menyuntik ‘benih’ keganasan serta ketenteraa­n dalam minda generasi muda.

“Oleh itu, kita kena berdiri teguh secara bersama untuk mengutuk tindakan keganasan yang mungkin terbit dalam sebarang bentuk dan manifestas­i, selain mengekang usaha mereka berlindung serta memanipula­si sumber untuk menghidupk­an perjuangan serong ini,” katanya.

Konsep wasatiyah

Menyentuh konflik antara selatan Thailand dan selatan Filipina, Anifah menyuaraka­n janji bahawa Malaysia yang berpegang kepada konsep wasatiyah atau kesederhan­aan akan terus bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam isu berkenaan.

Mengulas kekejaman Israel untuk menguasai Palestin, Anifah berkata, Malaysia mahu komuniti antarabang­sa mematuhi dan berpegang kepada prinsip PBB supaya Israel serta pihak lain mendalangi jenayah kemanusiaa­n diadili secara saksama.

“Komuniti antarabang­sa tidak sewajarnya berpeluk tubuh mengenai pelakuan Israel, tetapi pada masa sama mengambil pendekatan berunsur diskrimina­si terhadap rejim lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia