Berita Harian

Beri peluang Azhar urus FGV: Shahrir

-

Johor Bahru: Semua pihak perlu memberi ruang dan peluang kepada Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Azhar Abdul Hamid, menjalanka­n tugas bagi memastikan perjalanan syarikat itu berada pada landasan yang tepat.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, tidak menafikan Azhar bakal berdepan cabaran dalam usahanya itu kerana syarikat terbabit juga belum melantik secara rasmi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

“Dia (Azhar) ada tanggungja­wab, belum sampai sebulan lagi dia memegang jawatan itu, baru seminggu. Tentunya dia mesti diberi peluang, terutama (dalam situasi) syarikat itu belum ada CEO dan CFO lagi.

“Mana-mana syarikat yang berada dalam situasi seperti itu, akan berhadapan keadaan yang tempang, tak boleh berfungsi sepenuhnya. Jadi sebagai pengerusi baharu, kita perlu beri peluang kepada Azhar untuk melakukan tanggungja­wab dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Keranamu Malaysia -Johor Peace, di sini semalam.

Shahrir mengulas gesaan Pemuda UMNO supaya Azhar memberi komitmen penuh dalam menunaikan amanah serta tanggungja­wabnya menerajui Lembaga Pengarah FGV demi memastikan nasib pemegang saham dan peneroka Felda sentiasa dipelihara.

Naib Ketua Pemudanya, Senator Khairul Azwan Harun, dilaporkan berkata, Azhar perlu menangani sebarang masalah yang timbul sehingga selesai dan tidak mengulangi tindakanny­a ketika mengetuai MRT Corp apabila meninggalk­an syarikat itu dengan alasan integriti, selepas insiden blok konkrit jatuh menghempap pekerja.

Shahrir berkata, Azhar mempunyai kelayakan dalam bidang pertanian dan perladanga­n serta berpengala­man dalam pengurusan, selain mempunyai pengetahua­n bersesuaia­n dengan dunia korporat.

“Jadi, saya melihat Azhar ini mempunyai kebolehan, pengalaman dan pengetahua­n tetapi dalam keadaan itu, kita kena beri dia peluang seluasnya dalam menentukan agar pengurusan dalam FGV mempunyai hala tuju sama, menentukan aset hartanya berjalan dengan baik, memaksimum­kan potensinya,” katanya.

Dia (Azhar) ada tanggungja­wab, belum sampai sebulan lagi dia memegang jawatan itu, baru seminggu” Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FELDA

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Shahrir bergambar bersama peserta selepas merasmikan Program Keranamu Malaysia-johor Peace, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Shahrir bergambar bersama peserta selepas merasmikan Program Keranamu Malaysia-johor Peace, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia