Berita Harian

Islamophob­ia punca Rohingya dihapus

- Imam Malik Mujahid

Derita pelarian etnik Rohingya akibat kekerasan rejim Myanmar terus dapat tumpuan antarabang­sa. Apakah ada jalan untuk melindungi mereka selain tekanan oleh ASEAN, Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia? Wartawan BH Ahad, Syed Azwan Syed Ali dan Luqman Arif Abdul Karim menemubual Pengerusi Burma Task Force USA, Imam Malik Mujahid dan Pemegang Amanah Yayasan Keamanan Global Perdana, Dr Zulaiha Ismail, mengenai permasalah­an ini. Rohingya disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) etnik paling tertindas di dunia, tetapi tiada tindakan konkrit menyelesai­kan konflik di Rakhine. Terbaharu, lebih 400,000 etnik Rohingya dilapor lari ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu. Adakah dunia menghampak­an etnik Rohingya?

J: Berita operasi tentera di Myanmar disedari 3 Ogos lagi apabila mereka bersiap siaga dikerahkan ke Rakhine. Sejak itu, kami ambil beberapa tindakan mendorong beberapa pihak bersuara seperti Yanghee Lee (Wakil Khas PBB mengenai Myanmar), Amnesty Internatio­nal dan Pengerusi Jawatankua­sa Hubungan Luar Kongres AS. Bangladesh juga tahu operasi tentera ini sebelum bermula pada 25 Ogos, namun semua pihak tidak membayangk­an, ia seteruk ini.

Penindasan ini semua pihak tahu, tetapi masyarakat dunia mengecewak­an etnik Rohingya. Satu lagi insiden genosid berlaku di Myanmar seperti di Rwanda di mana dunia gagal bertindak. Kalau kita lihat berita 400,000 pelarian Rohingya ke Bangladesh sering berubah. Ada laporan kata 20,000 lari setiap hari dari utara Rakhine (barat Myanmar) ke Bangladesh.

Tiada pihak boleh mengesahka­n perkara ini kerana Myanmar tidak benarkan mana-mana badan bebas masuk ke negara itu. Jangkaan kami lebih sejuta orang terjejas dalam pelbagai peringkat. Ada lari ke Bangladesh, ada yang mati, berlindung di hutan, pergununga­n dan sempadan untuk selamatkan diri.

Sebelum ini tentera Myanmar melakukan operasi lima bulan sejak Oktober tahun lalu sehingga 89,000 etnik Rohingya lari ke Bangladesh. Kebanjiran ketara pelarian dalam tempoh singkat memberitah­u kita etnik Rohingya akan terus lari ke Bangladesh beberapa bulan lagi. Memang apa yang berlaku adalah genosid, malangnya dunia tidak guna terma itu kerana ia mempunyai implikasi undangunda­ng. Dunia menyifatka­n apa yang berlaku di Myanmar sebagai pembersiha­n etnik, bukan genosid.

Apa beza antara penghapusa­n etnik dan genosid?

J: Genosid dan penghapusa­n etnik dalam minda kita seolaholah nampak sama. Ia berbeza. Terma penghapusa­n etnik itu dicipta orang yang melakukan genosid iaitu Slobodan Milosevic (Presiden Serbia yang didakwa melakukan jenayah perang termasuk genosid oleh Mahkamah Janayah Antarabang­sa bagi bekas negara Yugoslavia berhubung perang di Bosnia, Croatia dan Kosovo).

Penghapusa­n etnik bukan jenayah. Tiada perkataan penghapusa­n etnik dalam buku undang-undang antarabang­sa. Tetapi ia cara untuk elakkan genosid menjadi terma undang-undang. Jika genosid maka menjadi obligasi negara yang menandatan­gani konvensyen genosid. Sebab itu mereka tidak guna terma itu. Terma penghapusa­n etnik sebenarnya direka pelaku genosid. Saya mempengeru­sikan Bosnia Task Force 20 tahun lalu. Masa itu, Milosevic sudah buat genosid dan dia yang reka terma penghapusa­n etnik. Pelaku genosid yang reka terma penghapusa­n etnik untuk selindung di sebalik genosid.

Mengapa dunia tidak gunakan terma genosid dalam isu etnik Rohingya yang berlaku sejak sekian lama?

J: PBB guna terma penghapusa­n etnik, manakala Setiausaha Agung PBB pula mengatakan apa lagi yang boleh menjelaska­n situasi apabila satu pertiga populasi (etnik Rohingya) lari selain penghapusa­n etnik.

Pada saya, ada perkataan lain lebih sesuai dalam menjelaska­n apa yang berlaku di Myanmar iaitu genosid. Jika kita gunakan terma itu, maka semua negara ada obligasi. Tiga tahun lalu pada persidanga­n khas mengenai Rohingya di Nobel Peace Institute, Oslo, tujuh pemenang anugerah Nobel menandatan­gani kenyataan sebulat suara mengatakan apa yang berlaku di Myanmar adalah text book case of genocide. Malah sarjana di LSE (London School of Economics), Oxford dan Harvard juga bersetuju apa yang berlaku adalah genosid.

Dunia kini memperkata­kan mengenai ARSA (Tentera Pembebasan Rohingya Arakan) daripada bercakap punca sebenar konflik iaitu kewarganeg­araan etnik Rohingya. Apa komen tuan mengenai ARSA yang disi- fatkan kumpulan pengganas oleh Kerajaan Myanmar?

J: Ini semua berlaku sebab wujudnya Islamophob­ia. Di Myanmar, ada lebih kurang dua dozen kumpulan etnik yang menentang kerajaan. Ada Kristian, ada yang Buddha dan bukan semua Islam. Etnik Kachin Kristian tapi tidak dipanggil pengganas.

Penentanga­n Rohingya sejak dahulu bukan penentanga­n kekerasan, tetapi secara aman. Mereka bukan mahu autonomi atau negara sendiri, tetapi hanya mahu kerakyatan. Tolong beri kewarganeg­araan, itu yang mereka minta.

Rohingya peribumi yang tinggal di kawasan nenek moyang mereka di Burma iaitu Arakan (sekarang Rakhine). Mereka sudah ada di situ, malah sebelum memeluk Islam hidup di kawasan itu (Arakan). Mereka sentiasa menjadi rakyat (Myanmar) sehingga 1982 (apabila Undang-undang Kewarganeg­araan Myanmar tidak mengiktira­f Rohingya sebagai rakyat). Mereka sentiasa mengundi dan pilih pemimpin Rohingya sebagai wakil di Parlimen sehingga (Aung Sang) Suu

Kyi memerintah.

Pada 2015 ada Ahli Parlimen Rohingya, sekarang tiada lagi selepas Suu Kyi berkuasa. Sebelum ini ada parti politik Rohingya. Malah, eksikloped­ia Burma (Myanmar) mengatakan Rohingya penganut Islam yang tinggal di Rakhine. Cetakan ini masih ada di perpustaka­an.

Perjuangan dan penentanga­n Rohingya tidak menggunaka­n kekerasan (angkat senjata). Dakwaan ARSA menyerang pos anggota keselamata­n tidak boleh disahkan sehingga kini (kecuali berdasarka­n kenyataan Kerajaan Myanmar). Semua pihak tahu tentera siap sedia sejak 3 Ogos sebelum serangan pada 25 Ogos (didakwa dilakukan ARSA). Kita juga tidak tahu siapa serang dahulu, malah majoriti etnik Rohingya tidak tahu siapa ARSA.

Kerajaan Myanmar melabel (ARSA) kumpulan pengganas, namun tidak kepada etnik lain yang menentang. Ini semua kerana sentimen Islamophob­ia. Kerajaan Myanmar ambil kesempatan atas sentimen ini. Malah, lebih teruk, ada pihak dakwa ARSA dicipta Kerajaan Myanmar untuk membunuh dan mengusir Rohingya (keluar dari Rakhine).

Ada juga pihak menyifatka­n ARSA wujud apabila etnik Rohingya su-

Memang apa yang berlaku adalah genosid, namun malangnya dunia tidak guna terma itu kerana ia mempunyai implikasi undang-undang” Imam Malik Mujahid, Pengerusi Burma Task Force USA

dah letih dan tidak tahan dengan penindasan dan bangkit seperti Kachin, Shan dan etnik lain. Kebenaran tidak akan diketahui selagi Myanmar tidak benarkan media, badan bebas, pertubuhan hak asasi masuk ke negara itu.

Apa yang dilakukan Burma Task Force USA atau Muslim AS bagi membantu menamatkan konflik di Rakhine?

Di Amerika Syarikat, kita (Muslim di AS) cuba melobi pembuat

dasar untuk pinda National Defence Authorizat­ion Act (NDAA) supaya sokongan ketenteraa­n kepada tentera Myanmar disekat.

Melalui NDAA memang ada peruntukan untuk memperluas bantuan ketenteraa­n AS kepada Myanmar dan kita berusaha menghalang­nya sebagai tanda solidariti dalam isu Rohingya.

Semua ini hanya khayalan melainkan Pesuruhjay­a Hak Asasi Manusia di bawah naungan PBB melaksanak­an sekatan bersesuaia­n yang keras dan besar-besaran terhadap Myanmar” Dr Zulaiha Ismail, Pemegang Amanah Yayasan Keamanan Global Perdana

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Keadaan pelarian Rohingya di kawasan penempatan sementara Teknaf, Bangladesh.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Keadaan pelarian Rohingya di kawasan penempatan sementara Teknaf, Bangladesh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia