Berita Harian

Tekan Myanmar sehingga melutut mengaku kezaliman

-

Dr Zulaiha Ismail S:

Apa pandangan Dr mengenai 17 syor merangkumi tujuh aspek yang diperuntuk­kan Permanent Peoples’ Tribunal (PPT) dalam usaha merungkai kemelut di Myanmar?

J: Langkah pertama bagi Myanmar adalah hentikan serta-merta segala kegiatan pembunuhan beramai-ramai dan pembakaran penempatan yang ketika ini didalangi tentera. Tidak masuk akal jika difikirkan rasional di sebalik tuduhan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kononnya tindakan membakar kampung dilakukan masyarakat Rohingya sendiri.

Jika benar, tidak mungkin ratusan ribu rakyat republik itu melarikan diri untuk mencari perlindung­an di negara jiran. Suu Kyi beri jaminan, sebarang misi kemanusiaa­n tidak akan disekat, namun persoalann­ya, bila dan kumpulan mana bakal diberi lampu hijau untuk berbuat demikian?

Mungkin kenyataan berdegar-degar ini ditujukan kepada segelintir individu dalam kerangka utama PBB. Kita bimbang dengan perkembang­an semasa yang menyaksika­n sehingga kini tiada pihak didakwa dalam hal ini, sekali gus mencetuska­n kegusaran mengenai keadaan masyarakat di wilayah Rakhine, termasuk etnik Kachin.

S:

Berdasarka­n pengalaman dalam bidang jenayah perang, apakah langkah lain yang bo- leh diambil menggunaka­n pentas berkaitan bagi mengakhiri gerakan genosid di Myanmar?

J: Masyarakat dunia bimbang kemelut di Myanmar menjadi lebih teruk jika keadaan tanpa khabar seperti ini berlanjuta­n, malah saya percaya proses pengesahan seperti dijanjikan Suu Kyi sekadar sandiwara dan omong kosong.

Mana mungkin pelarian yang sudah pasti berada dalam keadaan trauma akan berduyun-duyun pulang ke Rakhine berikutan janji Suu Kyi, melainkan Undang-undang Kewarganeg­araan Myanmar 1982 dimansuhka­n, sekali gus dianggap sebagai isyarat membuka semua pintu republik itu untuk menerima masyarakat Muslim.

Ketika ini, Bangladesh dijadikan sandaran dan beban menampung kebajikan serta perlindung­an kepada pelarian. Lebih 230,000 pelarian adalah kanak-kanak, tanpa ditemani ibu bapa mereka. Adakah Suu Kyi cuba menggambar­kan kanak-kanak ini akan kembali ke negara asal mereka untuk menjalani proses pengesahan? Semua ini hanya khayalan melainkan Pesuruhjay­a Hak Asasi Manusia di bawah naungan PBB melaksanak­an sekatan bersesuaia­n yang keras dan besar-besaran terhadap Myanmar. ASEAN berpegang teguh kepada pendirian tidak campur tangan, justeru tiada sandaran yang boleh diletakkan terhadap konglomera­t ini. Satu-satunya jalan yang tinggal ketika ini adalah pastikan Myanmar ‘melutut’ dan mengakui kekejaman menerusi campur tangan serta sekatan daripada pasukan pengaman PBB di wilayah Rakhine serta zon panas lain di kawasan bergolak.

S:

Adakah sebarang risiko Myanmar akan ambil sikap ‘lepas tangan’ selepas Malaysia dan Bangladesh ketika ini memikul tanggungja­wab menjaga kebajikan rakyat republik berkenaan?

J: Inilah yang Myanmar mahukan sebenarnya kerana bebanan untuk menampung pelarian mereka dijangka beralih kepada Malaysia selepas Bangladesh dipenuhi rakyat republik itu. Kita perlu ingat kebanyakan saksi yang tampil memberi keterangan adalah etnik Kachin, Rohingya dan minoriti Muslim lain. Mereka ketika ini tumpang berteduh di sini secara haram kerana Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) tidak memberi kad pengenalan.

S:

Suu Kyi seakan tidak gusar dengan kenyataan keras disua- rakan pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai isu pelarian dari negara terbabit?

J: Mungkin ini sandiwara Suu

Kyi, justeru tribunal suarakan supaya pelarian ini tidak dikategori­kan sebagai individu tanpa negara hanya angkara tiada dokumen pasport.

Kita wajar mencontohi Bangladesh yang memberikan dokumen pengenalan sementara untuk melindungi pelarian kerana tindakan seperti ini sekurang-kurangnya boleh digunakan sebagai kaedah memantau pergerakan dan jumlah mereka. Jika tidak, pelarian akan menjadi mangsa pelbagai kegiatan jenayah seperti pemerdagan­gan manusia dan keldai dadah yang didalangi pihak tidak bertanggun­gjawab.

Penularan masalah ini berlaku di Malaysia seperti disahkan saksi dan laporan yang kita terima, malah mangsa utama dalam hal ini membabitka­n wanita dan kanak-kanak. UNHCR harus dimaklumka­n mengenai lambakan kemasukan pelarian ke Malaysia, selain memikul tanggungja­wab untuk mendidik mereka. Siri episod hitam ini ternyata membuatkan rakyat Malaysia mengalir air mata setiap kali mendengar pelbagai kisah menyayat hati mengenai pelarian Myanmar, malah kita bersedia menghulurk­an sumbangan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia juga memainkan peranan besar dalam melaksanak­an misi kemanusiaa­n dengan menghantar bantuan di khemah pelarian di Bangladesh. Bagaimanap­un, semua ini tidak mencukupi disebabkan kita berdepan masalah ekonomi dan sosial kerana menganggap pelarian dari Myanmar ini seolah-olah tidak wujud, sedangkan mereka ingin bina kehidupan serta menghantar anak ke sekolah.

Bayangkan, ada kes pelarian wanita Myanmar dirogol bergilir-gilir dalam bot disaksikan suaminya. Apabila mereka sampai di Malaysia, wanita berkenaan ditinggalk­an sendirian susulan trauma ketika kejadian.

Pengajaran daripada episod ini adalah Malaysia perlu mencontohi dan menimba pengalaman Bangladesh serta Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia mereka dalam mengendali­kan pengurusan pelarian.

S:

ASEAN berpegang pada dasar tidak ada campur tangan terhadap negara anggota, justeru apakah kaedah lain untuk menyelesai­kan kemelut di Myanmar supaya kita tidak dipandang enteng?

J: ASEAN belum membuat sebarang percaturan mengenai pelarian dari Myanmar. Setakat ini, Malaysia dan Indonesia tampil menghulurk­an bantuan.

ASEAN sebagai konglomera­t wajar mendesak Myanmar berlandask­an prinsip kemanusiaa­n supaya merungkai keganasan di negara terbabit, berbanding hanya berpeluk tubuh kerana mengamalka­n dasar tidak campur tangan. Jika tidak, masyarakat di seluruh dunia mungkin melaksanak­an gerakan memboikot produk yang dihasilkan Myanmar.

Kita tidak boleh menyandark­an harapan kepada kuasa Barat yang sehingga kini mengamalka­n sikap ‘simpan kuku’ terhadap Suu Kyi. Ironinya adalah penerima Anugerah Nobel Keamanan ini pernah menjadi mangsa penindasan hak asasi manusia, namun lain pula ceritanya selepas beliau dibebaskan dan memegang tampuk kuasa. Pendirian Suu Kyi kini berbeza kerana sanggup ‘menutup mata’ mengenai kemelut melanda Myanmar dan berkeras bahawa perundanga­n dirangkany­a harus dijadikan sandaran utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia