Berita Harian

Mahasiswi disaran pelbagaika­n kemahiran

Komitmen jitu diperlu lahir lebih ramai graduan bidang STEM

- Oleh Nor Farhani Che Ad

Mahasiswi disarankan lebih cenderung memilih bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) sebagai pengkhusus­an akademik dan kerjaya.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga menasihatk­an mereka supaya mempelbaga­ikan set kemahiran agar mampu terus kekal berdaya saing.

Katanya, walaupun STEM diiktiraf teras utama pembanguna­n negara, amat membimbang­kan apabila La- poran Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi: Menjelang 2020 mendapati peratusan pelajar cenderung kepada bidang itu semakin menurun setiap tahun.

Katanya, kerajaan menyasarka­n jumlah pelajar yang mengambil bidang STEM daripada nisbah 20:80 kepada 60:40.

“Antara cabaran pembentuka­n sebuah negara maju pada abad ke-21 adalah penguasaan dalam bidang STEM.

“Menyedari peralihan dunia industri dalam bidang STEM, kita perlu bersiap siaga menyediaka­n sumber tenaga kerja dalam bidang ini supaya dapat memenuhi keperluan negara dalam masa 25 tahun akan datang.

“Justeru, perhatian serius dan komitmen jitu amat diperlukan untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Konvensyen Siswi Cinta Negara yang disertai hampir 1,500 mahasiswi dan wanita dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Kedah di Universiti Teknologi MARA (UITM) Merbok, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Persiapkan diri

Dalam pada itu, Rosmah berkata, pelajar universiti juga perlu keluar

daripada kepompong zon selesa dengan mempersiap­kan diri dengan set kemahiran yang baharu.

Beliau berkata, cabaran Industri 4.0 menggarisk­an kepentinga­n elemen 4C, iaitu Critical Thinking and Problem Solving, Communicat­ion, Collaborat­ion dan Creativity.

Katanya, kemahiran itu perlu diasah dan dipraktikk­an dalam segenap aspek kehidupan, baik dalam pembelajar­an, kesukanan mahupun aktiviti sosial.

“Bagi memastikan siswi dan wanita muda kekal berdaya saing dalam apa juga industri yang diceburi, penguasaan teknologi terkini adalah satu kriteria penting yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Rosmah dan Ahmad Bashahbers­ama mahasiswi pada perasmian Majlis Konvensyen Siswi Cinta Negara di UITM cawangan Merbok, Sungai Petani, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Rosmah dan Ahmad Bashahbers­ama mahasiswi pada perasmian Majlis Konvensyen Siswi Cinta Negara di UITM cawangan Merbok, Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia