Berita Harian

Inisiatif SL1M bantu 138,000 dapat kerja

Program dilancar sejak 2011 platform terbaik latih graduan tampil yakin

- Oleh Haryani Ngah

Inisiatif Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjaya membantu 138,000 graduan mendapatka­n pekerjaan sejak dilancarka­n pada 2011.

Menteri di JPM, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata inisiatif itu membantu graduan, terutama dalam melatih mereka supaya benar-benar bersedia melangkah ke alam pekerjaan dengan kemahiran mustahak seperti komunikasi, berfikiran kritis dan kreatif, penyesuaia­n dalam organisasi, nilai ke arah profesiona­l dan penampilan korporat.

Jangan putus asa

Justeru, katanya, graduan atau pencari kerja yang gagal mendapat pekerjaan diminta tidak berputus asa sebaliknya perlu merebut peluang mengunjung­i Program Temu duga Terbuka SL1M yang kini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hingga esok.

Beliau ditemui ketika meninjau program yang diadakan bermula semalam hingga hari ini.

Abdul Rahman berkata walaupun kadar penganggur­an negara masih terkawal, iaitu pada tahap 3.5 peratus daripada 15 juta tenaga buruh, isu penganggur­an masih hangat dibincangk­an, terutama dalam kalangan graduan.

“Inisiatif kerajaan yang paling popular dalam membantu graduan mencari pekerjaan adalah menerusi program SL1M iaitu platform untuk graduan menjalani latihan pekerjaan dan merasai pengalaman bekerja sebenar.

“Mungkin ada antara kita yang hampir berputus asa selepas berkalikal­i gagal dipanggil temu duga, walaupun sudah menghantar ratusan resume ke laman web terkenal.

“Jangan berhenti mencuba, mungkin rezeki anda ada di program SL1M. Gunalah peluang ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Terbuka SL1M peringkat Zon Barat semalam.

Program itu dilancarka­n oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Abdul Rahman berkata, Lebih 60 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil bahagian dengan menawarkan 12,000 jawatan kosong pada program peringkat Zon Barat itu.

Kurang kemahiran

Katanya, kajian Bank Negara Malaysia mendapati kebanyakan graduan lepasan ijazah di negara ini mempunyai kekurangan dalam kemahiran utama seperti komunikasi, berfikiran secara kritis dan kreatif, penyesuaia­n dalam organisasi, nilai ke arah profesiona­l dan penampilan korporat.

Sehubungan itu, katanya, SL1M adalah langkah intervensi kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri sentiasa mengadakan program kerjaya bagi membantu rakyat mendapat pekerjaan.

“Setiap tahun kita adakan Karnival Kerjaya untuk rakyat Perak dan kita bawakan syarikat GLC negeri dan Persekutua­n pada program ini.

“Melalui Karnival Kerjaya yang dibawa oleh Pusat Kerjaya Aman Jaya (PEKA) 40,000 peluang pekerjaan dapat dibawa ke negeri ini,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ??
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia